Friday 15 February 2013

Penyokong PAS = Penyokong Syiah?



1. Tok Guru mereka adalah maksum. Tak pernah buat salah. Betul 100% dan terima aje .......... Walaupun cakap merapu meraban (Syiah la ni).

2. Penganut agama ini terlalu mengagung dan mendewakan Tok Guru - yang peliknya Tok Guru suka dengan pendewaan ini (sebijik macam Syiah yang mengagungkan Imam mereka)

3. Mengkafirkan umat Islam (yang tak nak bersekongkol dengan dia) yang siang malam menyebut kalimah syahadah melalui sembahyang dll sebagai kafir. (syiah mengkafirkah ahlul sunnah dan melaknat para sahabat termasuk isteri Nabi SAW)

4. Mengamalkan perbuatan "Takiyah" - berpura-pura baik (contoh bila ada pemberian BR1M ka) tetapi dalam hati busok ya amat. (sifat Syiah yang pura2 baik dengan ahlul Sunnah tetapi kalau ada kesempatan, mahu ditikamnya Ahlul Sunnah tu)

SYIAH ADALAH SESAT DAN MENYESATKAN


Fahaman Syiah dikatakan kembali aktif di negara ini dengan beberapa tangkapan telah dibuat minggu lalu.  Fahaman ini dikatakan dimulakan oleh beberapa orang dari Iran dan Iraq, semakin mendapat sambutan daripada masyarakat Islam negara ini dengan sudah ada pun yang taksub.

Minggu lepas, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menangkap 200 orang yang dikatakan terlibat di dalam penyebaran fahaman syiah di sebuah rumah di Batu Cave.  200 orang tau, bukan sikit.

Tapi bila bercakap tentang syiah, kita janganlah melupakan parti PAS kerana PAS adalah hasil benih-benih syiah yang telah bersemai subur di kalangan masyarakat kita sejak tercetusnya revolusi Iran tahun 1978.

Kecik hati pemimpin PAS bila kita cakap pasal syiah tanpa merujuk kepada mereka.

PAS banyak terpengaruh dengan revolusi Iran 1978.  Awal penubuhan dulu, PAS tidak mempunyai Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursamdul Am.  Semua tentang PAS daripada presiden sehingga ke peringkat terendah kepimpinan adalah dipilih melalui pengundian (demokrasi).

Tapi dek terpengaruh dengan revolusi Iran 1978, PAS telah mewujudkan sebuah badan tertinggi bernama Majlis Syura Ulama pada 1982 (4 tahun selepas Revolusi Iran 1978), meniru Badan Pelindung Iran (Guardian Council) yang diketuai seorang Ayatollah.

Cuma berbeza dari segi nama, Majlis Syura Ulama PAS diketuai Mursyidul Am.

Tapi dari segi taraf, Guardian Council Iran ini sama dengan Majlis Syura Ulama dimana Ketuanya tidak dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli yang dibawah walaupun mempunyai kuasa yang tertinggi dalam parti/kerajaan masing-masing.

Penentangan domestik yang berlaku dalam negara Iran hari ini adalah kerana ada dikalangan rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan yang tidak berpaksikan rakyat sebaliknya semua keputusan ditentukan golongan elitis ulama yang menguasai Guardian Council.

Sama masalahnya dengan PAS, yang hanya bertopengkan demokrasi sedangkan hakikatnya semua perkara berkaitan dasar parti adalah ditentukan Majlis Syura Ulama dan ketuanya, Mursyidul Am.

Contoh, bila ada isu perbezaan pendapat dalam PAS terutama yang melibatkan mursyidul am dan Presiden, kita boleh nampak siapa sebenarnya yang lebih berkuasa.  Nik Aziz pernah ‘sound‘ Hadi Awang berkenaan siapa ketua sebenar dalam PAS.  Adakah Nik Aziz ini dipilih oleh ahli yang dibawah secara demokrasi?  Sudah tentu tidak tapi kenapa dia pulak yang berkuasa penuh?  Kerana perlembagaan PAS menjamin kekuasaannya, maka tiada siapa yang boleh membidas Nik Aziz.

Satu lagi ciri yang menyamakan PAS dengan Syiah ialah ketaksuban kepada pemimpin.  Macam mana rakyat Iran taksub dengan Ayatollahnya, macam itulah pengikut PAS taksub kepada Mursyidul Amnya.  Pengikut PAS pun pernah hukum kafir kepada orang Islam lain yang tidak sehaluan dengannya sama macam Syiah hukum kafir kepada orang mazhab lain yang berbeza.

Tapi apa pun nasib kita agak baik kerana Nik Aziz hanya kekal jadi ‘Ayatollah’ dalam PAS, tidak mungkin dia boleh jadi Ayatollah dalam kerajaan Malaysia ini (ditakdirkan pembangkang menang) sebab PAS punya kekuatan tidak setanding PKR dan DAP yang mana PAS hanya layak jadi pak turut saja.  Tengokla dalam janji 100 hari PR, tiada satu pun perjuangan teras PAS yang dimasukkan di dalam itu.

Pokoknya, memilih PAS bermaksud bertambah mengembang subur kan fahaman syiah di negara ini, mungkinla tak sampai ketahap mendewa-dewakan Saidina Ali tapi setakat itu sajalah berbezanya, yang lain itu akan tetap sama.

Walau bagaimanapun, jangan ambil ringan sebab walaupun Nik Aziz tidak mungkin jadi pemerintah negara ini, Anwar dan Lim Kit Siang masing-masing adalah ‘Ayatollah’ dalam parti masing-masing.  Pendek kata, memilih pembangkang bermaksud memilih corak pemerintahan ala-ala kuku besi di negara ini.

Jadi sokong sajalah Barisan Nasional, fahaman kita pegangan kita dan amalan kita akan selamat dunia akhirat.

Wednesday 13 February 2013

Mencaci-memaki Pemerintah Adalah Ajaran Khawarij




Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah  untuk selama-lamanya.

Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85

Maksudnya : " Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi "

Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain. 

Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2

Maksudnya : "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""

Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.

Bahkan senario artis menyertai parti politik turut membawa budaya memaki hamun sesama manusia sebelum menjelangnya Pilihanraya Ke-13 ini, kita boleh lihat dipentas politik yang menggelarkan diri mereka sebagai Islam semakin galak penceramah mereka berkata-kata kasar, keji, kotor dan kesat, mencarut, mencela, mencaci, memaki hamun dan menghina kian lumrah.



Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama : Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"      

Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "


Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

dengan yang demikian, berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10

Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :

Maksudnya : " ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu""

Monday 11 February 2013

Najib Razak Bakal Damaikan Fatah-Hamas Selepas Damaikan Filipina-Bangsa Moro



Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati.  Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.

Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak.  Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada.   Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato’ Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012.   Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.

Kejayaan tersebut membawa Dato’ Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan.  Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.

Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah.  Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.

Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004.  Punca konflik ini juga begitu ‘klasik’ atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan.  Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.

Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.

Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya.  Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama.  Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.

Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah.

Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato’ Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu.  Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.

Ini kerana, Dato’ Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai.   Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.

Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi ‘ugutan’ pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur.  Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.  

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis ‘serangan’ pihak yang tidak bertanggungjawab itu.  Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato’ Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut ‘menepis’ hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.

Sunday 10 February 2013

PAS & UMNO Adalah Dari Satu Ummat Nabi Muhammad S.AW



Ustak teringat apa yang Ustaz Nasharudin ceritakan dalam sesi temubualnya bersama Soal Jawab di TV3. Yang menceritakan bagaimana Najib Razak dengan bersungguh-sungguh bertanya beliau apa yang boleh di bantu untuk menguruskan jenazah Almarhum Ustaz Fadzil Noor?

Ketika itu dengan spontan Najib mengarahkan penerbangan khas membawa balik jenazah ke Kedah, dengan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Pertahanan ketika itu. Apa yang lebih membuat Ustak berasa hiba mendengar cerita itu bila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi PM ketika itu bergegas ke Sungai Besi untuk ziarah dan dengan spontan masuk kedalam van jenazah untuk membaca doa kepada Almarhum sebelum penerbangan.

Begitulah juga cerita yang kita selalu dengar betapa Najib Razak sangat prihatin dan cakna akan kesihatan Nik Aziz. Admin melihat ini sebagai semangat sesama islam dan sebangsa walaupun berbeza pendapat tetapi jauh disudut hati Pemimpin UMNO yang PAS dan UMNO itu adalah satu ummat Nabi Muhammad S.A.W.. Mungkin masih kuat dengan sejarah pas yang mana adalah UMNO juga. Ustak menitiskan air mata sedih dan marah bila mendengarkan doa KO UMNO yang dibacakan adik nik aziz sendiri.

Adakah kerana PAS sudah jauh dari landasan atau sudah lupa siapa mereka.. Kita doakan semoga Islam di Malaysia terus bersatu dan jauhkan dari apa yang berlaku di negara Arab seperti Syria dll.

Saturday 9 February 2013

Parti PAS Ada Ciri-ciri Puak Khawarij




كل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يُسمى خارجياً سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين أو كان بعدهم على التابعين بإحسان والأئمة في كل زمان

“Setiap orang yang memberontak kepada pemimpin yang sah yang disepakati oleh rakyat sebagai pemimpin mereka maka dia disebut sebagai Khariji (kata tunggal dari Khawarij). Sama saja apakah dia melakukan pemberontakan itu pada masa sahabat masih hidup kepada para pemimpin yang lurus, atau setelah masa mereka iaitu kepada para tabi’in yang sentiasa mengikuti pendahulu mereka dengan baik, serta para pemimpin di setiap zaman.” (al-Milal wan-Nihal [1/28] as-Syamilah)

Sejarah pemikiran kafir mengkafir adalah dari satu kelompok yang dinamakan Khawarij. Perkataan Khawarij berasal dari perkataan kharaja yang bermaksud keluar. Golongan ini digelar sebagai Khawarij kerana mereka seringkali melakukan pemberontakan ke atas pemimpin Islam yang sah. Itu takrifannya. Rujuk kitab karangan Imam Shahrustani, Al-Milal wan-Nihal yang menceritakan tentang agama-agama dan kelompok-kelompok yang menyandarkan diri mereka kepada Islam, antaranya adalah Khawarij. Beliau menceritakan tentang sejarah Khawarij di mana pemikiran ini muncul pada ketika Nabi SAW masih ada.

Sikap mereka ini agresif dan suka melakukan provokasi iaitu melakukan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang kepada pihak lain, dalam konteks ini adalah khusus merujuk kepada pemerintah. Contoh slogan mereka adalah dengan mengatakan kerajaan zalim, makan duit rakyat, kroni, tidak menegakkan hukum Allah, dan sebagainya di mana perbuatan tersebut pasti membangkitkan emosi, kemarahan serta kebencian rakyat terhadap pemerintah. Sikap ini mula muncul pada zaman Nabi masih hidup lagi.

Pengasas kepada sikap ini yang disebut di dalam sejarah Islam adalah seorang lelaki yang bernama Dzulkhuwaisirah. Ketika mana Nabi sedang membahagi harta rampasan perang setelah baru pulang dari peperangan, di tengah-tengah sahabat dalam keadaan letih, ada yang cedera dan luka, dan masing-masing sedang menunggu Nabi membahagikan harta rampasan, bangkit Dzulkhuwaisirah dan berkata, “Wahai Muhammad, berlaku adillah.”

Saya ingin memberikan contoh mudah, kita beratur panjang dari pagi sampai ke tengah hari untuk mendapatkan bantuan BR1M. Tiba-tiba ada seorang keluar dari barisan dan menjerit kepada orang yang menyerahkan bantuan, “Berlaku adillah!” Dalam keadaan panas, letih, apabila berlaku hal seperti ini akan menimbulkan satu persepsi dalam pemikiran orang lain bahawa orang yang sedang menyerahkan bantuan itu tidak adil. Timbul perasaan marah dan tidak puas hati.

Ini yang dinamakan provokasi, melahirkan persepsi atau sangkaan buruk orang kepada orang tertentu. Inilah yang dilakukan oleh Dzulkhuwaisirah. Sebab itu sahabat-sahabat Nabi apabila melihat perbuatan Dzulkhuwaisirah, mereka lantas bangkit dan berkata, “Ya Rasulullah, lepaskan aku, biar aku pancung kepala lelaki ini.” Orang seperti ini tidak boleh hidup kerana dia akan mengganggu pemikiran manusia. Nabi tidak mengatakan haram membunuhnya, tetapi Nabi bersabda, “Jangan membunuhnya kerana nanti orang akan mengatakan Muhammad membunuh sahabat-sahabatnya sendiri.” Bererti sekiranya tidak ada orang yang akan berkata demikian, Nabi mengizinkan untuk membunuhnya. Kemudian Nabi menyebut tentang Dzulkhuwaisirah dan keturunannya,

“Akan keluar dari tulang sulbi keturunan lelaki ini satu kaum yang muda usianya tetapi bodoh caranya berfikir, perkataan yang keluar daripada lisan mereka adalah perkataan-perkataan wahyu (Al-Quran), tetapi perkataan mereka itu tidak lepas dari kerongkong mereka (mereka tidak memahami apa yang mereka bacakan), shalat kamu jika dibandingkan dengan mereka, shalat mereka lebih baik. Puasa kamu jika dibandingkan dengan mereka, puasa mereka lebih baik, mereka akan keluar daripada agama seperti mana keluarnya panah daripada busurnya.”

Di dalam hadis lain Nabi menyebut tentang mereka, kata Abu Umamah Al-Bahiliy RA di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ketika orang membawa kepala puak-puak Al-Azariqah (salah satu cabang daripada golongan Khawarij), dibunuh mereka ini kerana Nabi memerintahkan supaya mereka dibunuh. Kepala-kepala mereka dibawa dan diletakkan, Abu Umamah Al-Bahiliy sahabat Nabi melihat kepala-kepala mereka dan dia menangis, lantas dia berkata, “Anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka, anjing-anjing neraka!”

Sahabat Nabi bertanya kepada Abu Umamah, mengapa engkau mengatakan mereka ini anjing neraka? Adakah ini dari pendapatmu sendiri atau perkataan yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW? Jawab Abu Umamah, “Sekiranya aku mengatakannya atas dasar pendapatku sendiri, maka sesungguhnya terlalu berani aku ini. Tetapi ketahuilah bahawa perkataan tersebut telah aku dengar daripada Rasulullah SAW tidak hanya sekali, bahkan tidak hanya dua kali atau tiga kali.” (Hadis Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi. Syaikh Al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth menilainya sahih)

Anjing-anjing neraka, itu yang disebut oleh Nabi. Bukan kita yang menyebutnya. Kemudian Nabi bersabda,

فَإِذَا لَقِيْتُمُوْهُمْ فَاقْتُلُوْهُمْ فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْراً لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Apabila kalian bertemu dengan mereka (Khawarij), bunuhlah mereka! Sesungguhnya orang-orang yang membunuh mereka akan mendapat pahala di sisi Allah pada hari kiamat.” (riwayat Muslim dalam Shahihnya, dari ‘Ali bin Abi Thalib RA)

Itu Khawarij sejati. Sekarang ini kita tidak boleh menghukum individu tertentu itu Khawarij. Cuma pemikiran serta ideologi mereka itu ditinggalkan dan diwarisi. Di antara ideologi Khawarij adalah mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar. Tidak ada maaf lagi, terus menghukum orang ahli neraka. Itu cara pemikiran mereka. Mereka seringkali memberontak kepada pemimpin. Dan mereka akan seringkali melakukan rusuhan atau demonstrasi. Namun kita jangan menghukum kawan-kawan kita yang menyertai demonstrasi itu Khawarij. Tetapi kita bimbang pemikiran itu menular di kalangan rakyat negara ini.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=W4KtmXMukVk

Friday 8 February 2013

KATA-KATA TUAN GURU HAJI ABD HADI AWANG KINI MAKAN DIRI?



Alam semesta ini penuh dengan elemen metafizikal atau sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera mata.

Satu aspek pergerakan alam yang dicipta Tuhan ialah apa yang dikenali sebagai 'cause and effect' atau sebab dan akibat.

Setiap kehidupan manusia yang dianugerahkan akal tidak boleh lari dari prinsip sejagat ini.

Umpamanya jika seseorang itu melakukan dosa, samada kecil atau besar, prinsip sebab dan akibat ini akan bergerak di mana lambat laun individu yang terbabit akan melihat kesannya.

Begitu juga dengan halnya dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan satu buku kecil dipanggil 'Amanat Haji Hadi pada tahun 1981, iaitu hampir 31 tahun lalu.

Antara lain buku bersaiz poket ini menyelar dan mengecam prinsip perjuangan UMNO dan perlakuan anggota UMNO.

Amanat yang dibukukan adalah ringkasan daripada beberapa siri ceramah berhubung akidah dan iman yang disampaikan oleh Abdul Hadi di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.

Pada ketika itu Abdul Hadi baru berusia sekitar 34 tahun dan menyandang jawatan Naib Presiden Pas.

Beliau ketika itu dilihat sebagai bintang baru Pas yang sedang meningkat dan  membawa semangat berkobar-kobar menyemarakkan api perjuangan dalam sanubari ahli-ahli parti.

Isu yang menjadi senjata paling ampuh untuk terus mendaki tangga kuasa di dalam Pas tidak lain tidak bukan ialah dengan mengeksploitasi isu musuh ketat Pas iaitu UMNO.

Antara bahagian buku itu yang paling kontroversi ialah serangan Abdul Hadi terhadap keislaman UMNO dan akidah Islam yang dipegang oleh ahli-ahli UMNO.

Abdul Hadi menuduh UMNO adalah sebuah parti asabiyah yang hanya mementingkan bangsa Melayu di dalam perjuangannya dan Pas satu-satunya parti Islam yang tulen.

Natijah daripada rumusan beliau yang menyifatkan UMNO telah menyimpang daripada Islam, Abdul Hadi membuat beberapa kesimpulan yang sungguh merbahaya kepada perpaduan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Dengan berbekalkan segulung ijazah sarjana dari Universiti Madinah, Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman wahabiyahnya, beliau antara lain mendakwa jika mana-mana ahli Pas mati dalam perjuangannya melawan UMNO, kematiannya adalah mati syahid dan syurga adalah balasan tertinggi bagi pengorbanan itu.

Banyak lagi yang diharamkan oleh Abdul Hadi berkaitan UMNO termasuk tidak sah bersolat di belakang imam yang menjadi ahli UMNO, tidak sah pernikahan yang dilangsungkan oleh kadhi ahli UMNO, sembelihan orang UMNO haram dimakan, makanan orang UMNO tidak bersih dan banyak lagi fatwa-fatwa mengarut pemimpin Pas muda ini.

Berlaku perpecahan amat dahsyat dalam masyarakat Melayu dan Islam selepas 'Amanat Haji Hadi' disebar luarkan termasuk dikalangan pelajar-pelajar di universiti tempatan dan luar negara.

Sebahagian pelajar-pelajar Melayu yang dihantar ke luar negara di atas tajaan dan biasiswa kerajaan bertukar kepada golongan fanatik yang menjadi pengikut setia Abdul Hadi.

Di dalam negara berlaku solat dua imam, surau berasingan untuk jemaah UMNO dan Pas, malah kematian orang UMNO tidak mahu disolatkan atau dikebumikan oleh ahli Pas.

Kemuncak kesan daripada fatwa seleweng yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dilihat dalam insiden Memali pada 19 Nov 1985 yang berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah.
Aktivis Pas, Ibrahim Libya bersama sekumpulan termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak mengangkat senjata untuk melawan pihak keselamatan yang telah mengepung rumah tempat persembunyian mereka.

Misi utama pihak polis ialah untuk menangkap Ibrahim di bawah Akta Keselamatana Dalam Negeri kerana dituduh mengancam keselamatan negara serta melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki pihak berkuasa.

Pertembungan antara Ibrahim serta kumpulannya dan pihak polis berakhir dengan kematian 14 individu termasuk Ibrahim sendiri serta kecederaan pada anggota polis.

Kini isu kafir mengkafir kembali menghantui Abdul Hadi, seperti dosa yang dilakukan kembali mengganggu jiwa seseorang yang bersalah.

Sejak lebih tiga minggu, Presiden Pas itu didesak pelbagai pihak termasuk bekas ahli Pas supaya memberi penjelasan kepada umat Islam serta menarik balik fatwa beliau itu, namun Abdul Hadi terus membisu seperti patung.

Samada beliau sekarang sudah sedar penyelewengan yang dilakukan ke atas akidah umat Islam tetapi tidak berani tampil ke depan membuat pengakuan atau Abdul Hadi ditekan supaya terus dengan pendiriannya.

Nampaknya Abdul Hadi tidak berani melawan cakap Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang mahu beliau terus berpegang kuat kepada amanatnya.

Jika ini berlaku bermakna Abdul Hadi meletakkan kepentingan politik dan ketakutan kepada manusia jauh lebih tinggi daripada musibah yang berlaku kepada umat Islam apatah lagi hukuman Tuhan yang menantinya.

Wednesday 6 February 2013

Drama Seterusnya Antara Nik Aziz Dan Karpal Singh


Ramai tertanya-tanya apa muslihat Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sanggup menyambut harijadinya ke 82 bersama Karpal Singh.

Agak ganjil dan janggal melihat seorang yang digelar ulama dilihat menyambut satu perayaan peribadi yang bersifat kebaratan malah mempunyai unsur-unsur kekufuran dan bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Bukankah pada usia yang sudah dikatakan lanjut seorang agamawan seperti Nik Aziz sepatutnya menunjukkan tauladan serta akhlak yang berasaskan kepada moral Islam terutamanya kepada golongan muda dan belia?

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu memilih untuk memotong kek ulangtahun kelahirannya dengan seorang yang bukan Islam.

Lebih molek jika Nik Aziz menganjurkan majlis keagamaan seperti doa selamat kesyukuran atau berzanji dan  atas kurnia ALLAH SWT yang telah mengurniakannya umur yang oanjang dan tubuh badan yang sihat.

Mungkin pada pandangan Nik Aziz menyambut harijadi dengan seorang kafir seperti Karpal lebih afdal daripada menghidupkan Sunnah Nabi SAW yang membawa agama Islam.

Mengapa Nik Aziz sanggup membelakangkan tradisi Islam dalam menyambut harijadinya yang merupakan satu perkara yang sepatutnya enteng dan tidak mempunyai nilai kerohanian bagi seorang yang digelar Tok Guru oleh pengikut-pengikutnya?

Nik Aziz sebenarnya berselindung di sebalik majlis tersebut untuk bertemu Pengerusi Kebangsaan Dap itu atas alasan mengeratkan kerjasama politik di antara Pas dan parti cauvinis Cina itu.

Di permukaan penyokong-penyokong kedua-dua parti seolah-olah melihat wujud perpaduan erta serta kefahaman yang mendalam antara Pas dan Dap.

Bagaimanapun jika diteliti dengan lebih dekat apa yang berlaku adalah hanya wayang kulit yyang dimainkan oleh Nik Aziz dan Karpal.

Semua yang ada mata dan telinga serta fikiran yang waras sedar bahawa terdapat perbezaan yang kronik dan serius antara mereka.

Perselisihan faham antara Pas dan Dap melebar bukan sahaja setakat perbezaan ideologi tetapi landasan perjuangan yang amat berbeza.

Tidak ada persamaan antara kedua-dua buah parti kecuali permusuhan dan kebencian mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional tetapi selain daripada itu, perkahwinan politik mereka adalah seperti gandingan ayam dan itik.

Jadi agak hebat juga lakonan dua orang yang umur gabungan mereka berjumlah lebih 150 tahun atau satu setengah abad!

Kerjasama Pas dan Dap pada hakikatnya adalah seperti retak menunggu belah kerana bila-bila masa sahaja lagi apabila Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan Perdana Menteri, imej hipokrit dan bermuka Pas dan Dap sesama sendiri akan terdedah akhirnya kepada rakyat.

Isu yang bakal meranapkan ikatan Pas dan Dap malah kerjasama dengan PKR juga adalah kalimah ALLAH yang sehingga masih tidak selesai dan tidak akan selesai kerana masing-masing memperjuangkan ideologi politik yang berbeza sekali.

Pas dengan ‘Negara Islam’ yang sudah di turun taraf kepada ‘Negara Kebajikan’ sementara Dap pula dengan agenda anti-Islam dan anti-Melayunya manakala PKR pula hentam apa sahaja termasuk liberalisme, pluralisme dan LBGT.

Jadi Pakatan Rakyat yang digembar gemburkan  sebagai pengganti BN sebagai kerajaan persekutuan pada realitinya hanyalah kumpulan parti carca marba yang tidak ada halatuju dan destinasi yang ingin disasarkan.

Dalam bahasa Inggeris kerjasama yang tidak secocok dan tidak sepadan ini dipanggil ‘marriage of convenience’.

Ini kerana mereka hanya sanggup tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain disebabkan berkongsi motif yang sama iaitu untuk berebut kuasa, jawatan dan pangkat.

Selalunya mana-mana kerjasama politik yang berteraskan kepada perkahwinan jenis ini tidak akan kekal lama.

Mereka diibaratkan sekumpulan perompak atau pencuri yang bergabung tenaga dan kemahiran untuk merampas harta yang banyak.

Sebaik sahaja misi mereka berjaya, maka mulalah masing-masing berkomplot untuk membunuh ahli-ahli geng yang sama-sama berusaha untuk melakukan rompakan itu.

Akhirnya ahli-ahli kumpulan perompak itu akan berbunuhan sesama sendiri dan hasil rompakan mereka pun dinikmati pihak lain.

Apa pun lakonan yang dipamerkan oleh Nik Aziz dan Karpal ltempoh hari langsung tidak meyakinkan orang ang berakal.

Hanya penyokong yang taksiub dan buta hati sahaja yang tersenyum dan riang gembira betapa eratnya kedua pemimpin itu.

Tanpa diketahui Nik Aziz dan Karpal sudahpun mengeluarkan pisau yang terselit di belakang untuk menikam sekutu sendiri.

Sunday 3 February 2013

"Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali" -Hadis



Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

Abu Zar al-Ghifari diriwayatkan berkata, dunia itu hanya tiga saat. Semalam, saat yang sudah tiada apa-apa lagi. Esok, saat yang masih menjadi tanda tanya sama ada mampu dikecapi atau tidak. Hari ini, saat yang sedang kau jalani. Jadi manusia mempunyai satu saat saja. Maka pergunakanlah kesempatan saat ini dengan sebaik-baiknya.

Betapa banyak sikap kluk-klek pemimpin mereka telah zahirkan...?
Betapa banyak keputusan dibuat melukakan hati ummat Islam...?
Betapa banyak sikap kemunafikan yang dizahirkan...?


Oleh itu kepada mereka yang menganggap Parti PAS masih memperjuangkan Islam, janganlah terus berkongsi mimpi dengan parti tersebut kerana akhirnya mereka juga akan menjadi "lebai malang, menang sorak kampung tergadai!"


Justeru, marilah kita membuat renungan yang mendalam, adakah Parti PAS dan konco-konconya yang kian tidak konsisten ini yang anda nak pilih PRU nanti? Tepuk Dada; Tanyalah Imaan..

Friday 1 February 2013

Hadi Awang Kafirkan Diri Sendiri!



Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981, berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad.  Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya, yang antaranya berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Daripada Amanat Hadi di atas, adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan  perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.  Beliau  kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap  ‘politik suku, agama suku’ iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu.

Menurut Islam, dalam konteks di atas, sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang  memerangi Islam dan orang Islam.   Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi.   Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT.  

Justeru, kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran.

Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran.  Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga, saudara mara, adik beradik, keluarga dan suami-isteri.   Walaupun zaman telah berubah, namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya.

Dari perkembangan semasa, nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya, atau dalam ertikata lain, masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, dan peraturan jahiliyah.

Namun, yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan ‘berjihad’ menentang UMNO yang ‘kafir’, Hadi telah tidak semena-mena telah ‘mengkafirkan’ diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO.  Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama Pakatan Rakyat merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi:

“Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.” (Buku Jingga PR)

Ini diperkuatkanlagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.  Antara kandungan ucapan ini ialah:

“Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti.”



dan



79.   Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam                sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.



Sebenarnya, Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi,  iaitu ketika  PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.  PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Hadi berkata;



"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan.  Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Justeru, apa sudah jadi Hadi?  Akhirnya, perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi.

Nampaknya, begitu tinggi sekali riak, takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini, sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya.   MasyaAllah!   Apa lagi yang nak dikata..??