Friday 31 May 2013

NURUL dijamu dengan KFC semasa di tahan oleh imegresen

Setibanya Nurul Izzah di Terminal 2 Lapangan terbang KK jam 1630 tadi dia tidak di benarkan masuk (Not To Landed ) dan di arahkan pulang semula ke KL jam 2010. Tindakan pihak berkuasa mghalang dia masuk ke Sabah krn tdak mahu mrk membuat huru hara sesukahati seolah2 negara ini tiada undang2..Sepatutnya bila pilihanraya dah habis terima sajalah keputusan rakyat dan tdk perlu utk berkempen atau mbuat phimpunan yg myusahkan rakyat lagi.. tgu saje PRU 14 nanti.

Pemimpin2 PR memang penipu besar..!!! NURUL mdakwa dlm FB semasa di tahan oleh pihak imegresen dia tdk di beri makan minum.Apa yg sebenarnya beliau di beri mknan dan minuman KFC sprt dlm gambar ini... org kata kalau berbohong sekali buleh...ttp kalau byk kali bohong akan tertangkap akhirnya..

Thursday 30 May 2013

Ustaz Azhar Idrus : Bila Nak Jawab Soalan Kami?


Diatas merupakan Soalan kepada 'Ustaz' Azhar Idrus yang masih belum terjawab.

Ramai yang bertungkus lumus menjawab persoalan yang dibangkitkan. Antaranya seperti yang dibawah ini, yang mengaku kononnya diri beliau merupakan sepupu kepada pengantin perempuan berkenaan.


Namun disini menariknya, kesemua soalan berkenaan tidak dijawab berdasarkan dalil yang sempurna, sebaliknya hanya alasan bagi membenarkan perbuatan mereka. 

Melihat soalan daripada yang bertanya dan jawapan dari sepupu pengantin perempuan berkenaan, ada keserabutan jawapan yang diberikan oleh sepupu pengantin perempuan berkenaan. 

Kesimpulannya, jawapan secara ilmiah GAGAL diberikan!

Baca Selanjutnya disini

Tuesday 28 May 2013

Tian Chua Dan 3 Yang Lain Sah dituduh di bawan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948

Pada 29/5/13 brtempat di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Aras 4, Mahk Jalan Duta, OKt :-

1) Tian Chua - AP Batu,
2) Harris Fatillah bin Mohd Ibrahim - Aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU)
3) Dato Mohd Tamrin bin Abd Ghafar
4) Safwan Anang - Aktivis

OKT akan dituduh di bawan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Crowd setakat ini lk 60 orang terdiri drpd ahli keluarga OKT, penyokong, peguam & wartawan tempatan. Dikenali hadir

1) Dato Dr Tan Kee Kwong - AP Wangsa Maju,
2) Nurul Izzah - AP Lembah Pantai,
3) N. Surindren - AP Padang Serai / peguan,
4) Badrul Hisyam Shaharin @ Chegubard - Presiden SAMM, 5) Adam Adli - Aktivis Mahasuswa
6) Salahuddin Ayub - Kubang Kerian
7) Gobind Singh Deo - AP Puchong
8) Rozan Azen - Setiausaha Politik Tian Chua
9) Mazlan Aliman - Presiden ANAK.

Jam 1010 - pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsharidah binti Awang.

Jam 1025, hakim tetapkan bicara pada 2 JUL 13 jam 0900.

Pemimpin Asalkan Bukan UMNO (ABU) Ditahan Semula!

Pada 28 MEI 2013 jam 2051, satu laporan tangkapan telah dibuat oleh RAJENDRAN A/L AYALAMALAI - Pegawai Kanan polis Bahagian D7 JSJ Bukit Aman. Beliau telah menahan HARIS FATHILLAH bin MOHMED IBRAHIM - Pemimpin Asalkan Bukan UMNO (ABU) dgn berbekalkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur btkh 28 Mei 2013 jam l/k 1920.

Suspek ditangkap di Kaki Lima, Tingkat Bawah, No 17-1, Jalan 109E, Desa Business Park, Off Jalan Klang Lama, KL.

Brickfields rpt/no. 8527/13 berkaitan.

Sunday 26 May 2013

Ustaz Azhar Idrus Yang Cakap Tak Serupa Bikin

Ustaz Azhar Idrus pernah sebut dalam suatu ceramah..pkahwinan tak perlu membazir..jamuan jamuan tak perlu...islam itu sederhana..dan membazir tu amalan syaitan...tapi dia kahwin bini no tiga siap ada istiadat makan pengantin yg lebih dari membazir lg...

Inikah contoh apa yang disebut allah:

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?”(Surah al-Baqarah, 2:44)

ALLAH Ta`ala berfirman:“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!  Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”(Surah as-Saf, 61:2-3)

Serta hadis nabi Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radhiAllahu `anhuma berkata, saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:”

يُؤتى بالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتابُ بطنِه . فيدورُ بها كما يدورُ الحمارُ بالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ بالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : بلى . قد كنتُ آمُرُ بالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه ““

Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Api Neraka.  Maka terkeluarlah usus dari perutnya.  Lalu dia berputar-putar dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling.  Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:“Wahai fulan, kenapa kamu begini?  Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran?”Maka lelaki itu menjawab:“Ya, bahkan benar.  Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya.  Dan saya menegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya.”(HR al-Bukhari & Muslim)

Dengan mengetahui ancaman melalui nas-nas di atas, semoga ia mengejutkan diri kita semua siapa Ustaz Azhar Idrus yang dibanggakan selama ini. 

Sama-samalah kita insafi dan berwaspada akan diri kita sendiri.  Marilah kita muhasabah banyak manakah seruan-seruan dan nasihat-nasihat yang telah keluar dari mulut kita dan ditulis dek tangan kita yang kita tujukan kepada orang lain sedangkan diri kita belum lagi melaksanakannya?  Inilah masanya untuk kita renungi diri sebelum Malakul Maut datang menyebabkan mati, dan nasib di Akhirat memasrah diri.

Friday 24 May 2013

Idris Jusoh Nak Saman Rafizi

Gila set dia... main tuduh2 je... xbleh di  bior menatang gila nin

Molek sangat Idris Jusoh Nak Saman Rafizi. Lagi dibiar lagi galak dia tuduh.

DIMANAKAH USTAZ AZHAR IDRUS??

Bila nak komen dan keluarkan fatwa berkenaan CANDLE LIGHT VIGIL?

Janganlah ambil Islam separuh-separuh.Bila terkena batang hidung sendiri mulalah nak membatu, menjadi tunggul dan jadi penipu!. Tak baik macam itu. Allah tahu apa yang ada dalam hati mu UAI. Sambut hari ibu, Sambut valentine, Sambut birthday,.. HARAM! KERANA MENGIKUT BARAT!

Nak tanya UAI, Candle Light Vigil tu bukan barat sahaja ye UAI.. Tetapi termasuk dalam upacara keagamaan Kristian juga...Tak Haram ke UAI??

Bila nak komen dan keluarkan fatwa berkenaan CANDLE LIGHT VIGIL? Janganlah ambil Islam separuh-separuh. Bila terkena batang hidung sendiri mulalah nak membatu, menjadi tunggul dan jadi penipu!. Tak baik macam itu. Allah tahu apa yang ada dalam hati mu UAI.Sambut hari ibu, Sambut valentine, Sambut birthday,.. HARAM! KERANA MENGIKUT BARAT!

Nak tanya UAI, Candle Light Vigil tu bukan barat sahaja ye UAI.. Tetapi termasuk dalam upacara keagamaan Kristian juga...Tak Haram ke UAI??

Tian Chua & Tamrin Ghafar Berpakaian Seragam

Ini adalah gambar terkini Tian Chua & Tamrin Ghafar buat mereka yang rindukan mereka berdua.

Thursday 23 May 2013

Tian Chua Diusung Masuk Ke Dalam Lokap?

Salam Ydh Dato/Tuan,
D7 Bkt Aman telah tangkap Haris Fathilah bin Mohamed Ibrahim (aktivis Asalkan Bukan UMNO (ABU)) di Restoran Yu Ai, Segambut Utara. Suspek kini berada di Balai Jinjang. Tian Chua dan Tamrin Ghafar juga ditangkap oleh D7 Bkt Aman di LCCT & kini juga berada di Balai Polis Jinjang utk proses buat repot olh D7 Bkt Aman

Wednesday 22 May 2013

KU LIHAT HIJAU...!!! SOKONG PR...????


BUKAN semua artis suka bila lagu yang dinyanyikan oleh mereka digunakan sesuka hati terutamanya dengan tujuan yang tidak baik.


Mengeluh dengan situasi yang dihadapinya, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu berbentuk flora dan fauna berjudul Hijau, Zainal Abidin, turut menerima kesan.

Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya lagu itu digunakan untuk tujuan yang baik, tetapi tidak gemar sekiranya lagunya itu digunakan untuk tujuan politik kerana ia akan mewujudkan kebencian.

"Saya sedar siapa yang banyak membantu saya. Saya berasal dari kampung. Banyak yang Barisan Nasional sudah bantu saya. Jalan raya, sekolah, semua mereka bantu."

“Sebab itu saya tidak suka lagu-lagu saya digunakan untuk tujuan politik yang tidak betul terutamanya dalam kempen-kempen pihak pembangkang," jelasnya.

Bercerita mengenai pengalamannya, Zainal berkata, dia pernah terkena dengan tipu muslihat oleh pihak pembangkang dalam satu persembahan nyanyian.

“"Ketika itu ada pihak menjemput saya untuk mengadakan persembahan pentas, tetapi, bila saya tanya untuk siapa, mereka beritahu untuk rakyat.

"“Saya bersetuju kerana memikirkan ia adalah persembahan untuk rakyat.

"Tetapi, setibanya saya di sana, barulah saya menyedari bahawa ia sebenarnya adalah persembahan untuk program Pakatan Rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Zainal memberitahu, dia sedang dalam proses untuk menyiapkan album terbaharunya.

"“Sekarang ini sudah siap lebih kurang 2 buah lagu. Kali ini saya mengunakan elemen nasionalis sebagai bahan untuk lagu-lagu terbaru."

"“Antara lagu yang akan dimuatkan ialah Kamu, Alam, Tercipta Untukmu dan Jauhari. Kebanyakan lagu-lagu yang dicipta adalah untuk memberi sedikit peringatan kepada rakyat tentang apa yang telah dikecapi," jelasnya.

Menariknya untuk album terbarunya nanti, lagu berjudul Jauhari dicipta khusus untuk ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN

Sunday 19 May 2013

Selamatkan Terengganu Kita!! Singkirkan Makhluk Dua Alam !!

Makhluk Dua Alam...

Post Mortem yang dibuat mendapati terdapat ramai parasit Makhluk Dua Alam yang menyelinap dalam pentadbiran kerajaan negeri Terengganu Kita.. Inilah penyebab BN Terengganu hampir tersungkur dalam PRU Ke-13 baru-baru ini...

Daripada pejabat MBKT, SUk bahkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ada ramai makhluk dua alam.. Didepan MB tunjuk sokong UMNO dibelakang kelibat MB siap pergi dengar ceramah UAI...

Ada laporan diterima, kakitangan kerajaan negeri di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu membawa masuk penyokong tegar PR menjawat jawatan Imam di masjid Qaryah di Kuala Terengganu, Imam ini pula disokong oleh JKKK kampung tersebut...

Kita tahu, ramai lagi pegawai dan ajk masjid qaryah dan masjid negeri adalah parasit... Mereka ini bukan saja dok mengajar dan menghasut d Masjid yang di tadbir Kerajaan Negeri tapi juga mereka adalah penceramah politik PR ketika PRU13 baru-baru ini..

Kepada rakyat Terengganu yang ada info, jom kita pakat dedahkan maklumat Makhluk Dua Alam ini... Maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan...


Sumber: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/05/jabatan-hal-ehwal-agama-terengganu.html

Thursday 16 May 2013

Mendoakan Pemimpin Negara Menurut Islam


Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H):

Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.

Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku memiliki doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Beliau ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, maka ia hanya bermanfaat untuk diriku, tetapi apabila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)

Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, walaupun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri manakala apabila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)

Al-Hafiz Abu Bakar al-Ismaili rahimahullah (Wafat: 371H) berkata:

“Dan mereka (ahli hadis) berpandangan disyariatkan berdoa untuk kebaikan para pemimpin umat Islam dan supaya mereka berubah untuk bersikap adil dan mereka juga berpandangan tidak boleh memberontak terhadap mereka dengan senjata dan hendaklah orang muslim tidak turut serta berperang ketika terjadi fitnah (pertikaian di antara kaum muslimin sendiri) dan mereka juga berpandangan tentang wajibnya memerangi golongan yang zalim yang dilakukan bersama pemimpin yang adil apabila ditentukan kesesuaian dengan syarat yang mereka tetapkan dalam perkara tersebut.” (Abu Bakar Ismaili, I'tiqad A'immatul Hadits, m/s. 75-76)

Disebutkan oleh imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) daripada Abu ‘Utsman:

“Nasihatilah para pemimpin, banyakkanlah berdoa untuk kebaikan dan kebenarannya dalam beramal dan dalam ucapan serta ketika memutuskan hukuman. Maka, apabila mereka baik, maka akan baiklahlah rakyatnya.

Berhati-hatilah kamu, jangan sampai mendoakan keburukkan atau melaknat mereka, kerana yang demikian itu hanya akan menambahkan keburukkan ke atas umat Islam. Tetapi, mintakanlah keampunan kepada Allah untuk penguasa semoga mereka meninggalkan perbuatan yang buruk yang dengannya akan dihilangkan musibah umat Islam pula.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/26, no. 7401)