Sunday 19 May 2013

Selamatkan Terengganu Kita!! Singkirkan Makhluk Dua Alam !!

Makhluk Dua Alam...

Post Mortem yang dibuat mendapati terdapat ramai parasit Makhluk Dua Alam yang menyelinap dalam pentadbiran kerajaan negeri Terengganu Kita.. Inilah penyebab BN Terengganu hampir tersungkur dalam PRU Ke-13 baru-baru ini...

Daripada pejabat MBKT, SUk bahkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ada ramai makhluk dua alam.. Didepan MB tunjuk sokong UMNO dibelakang kelibat MB siap pergi dengar ceramah UAI...

Ada laporan diterima, kakitangan kerajaan negeri di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu membawa masuk penyokong tegar PR menjawat jawatan Imam di masjid Qaryah di Kuala Terengganu, Imam ini pula disokong oleh JKKK kampung tersebut...

Kita tahu, ramai lagi pegawai dan ajk masjid qaryah dan masjid negeri adalah parasit... Mereka ini bukan saja dok mengajar dan menghasut d Masjid yang di tadbir Kerajaan Negeri tapi juga mereka adalah penceramah politik PR ketika PRU13 baru-baru ini..

Kepada rakyat Terengganu yang ada info, jom kita pakat dedahkan maklumat Makhluk Dua Alam ini... Maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan...


Sumber: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/05/jabatan-hal-ehwal-agama-terengganu.html

1 comment: