Wednesday 30 January 2013

LGBT: Siapa Pendokong Agenda Ini Di Malaysia?




Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."


Dunia kini kian berubah. Walaubagaimanapun, Ustak rasakan bahawa tiada siapa pun yang tahu akan faktor yang mengubah dunia kita. Ada yang mengatakan bahawa segalanya adalah lebih baik berbanding dahulu - dengan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia.

Dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka bimbang akan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, hak sama rata dan juga hak asasi manusia, akan menjejaskan nilai-nilai keagamaan, budaya dan juga keluarga.

Antara perkara yang menjadi faktor kepada perubahan dunia kini adalah psikologi. Istilah Islamphobia (fobia kepada agama Islam) sebagai contohnya, telah berubah daripada fobia kepada perasaan marah, dan ianya telah menyebabkan masyarakat berfikir bahawa apa jua perkara yang mempunyai kaitan dengan Islam, adalah konservatif dan sesuatu yang salah.

Namun, sedar atau tidak, agama yang mempunyai sejarah yang hampir sama seperti Islam adalah agama Kristian (Nabi). Walaupun sama, namun kisah di sebalik sejarah tersebut adalah jauh antara satu sama lain. Bagi subjek ketuhanan, Islam mengagungkan Allah SWT sebagai tuhan yang satu, dan Nabi Isa hanyalah seorang Nabi. Bagi Kristian pula, Nabi Isa dianggap sebagai tuhan atau anak kepada tuhan.

Apa pun persamaan yang terdapat pada kedua-dua agama ini, semuanya kini menjadi semakin kabur kerana kitab Bible telah diolah beberapa kali, manakala Al-Quran kekal sama sejak dari hari ianya diutuskan.
Walaubagaimanapun, kedua-dua Umat Islam dan juga Kristian kini sering menyampaikan dakwah antara satu sama lain yang boleh dilihat melalui laman rangkaian sosial - yang sering dapat dilihat di Malaysia.

Ustak dapat lihat bagaimana kebanyakan umat Islam menggalakkan masyarakat supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Namun, 'kaum Kristian yang baik' pula sering mengajak masyarakat supaya melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang tertulis di dalam Bible. Kebanyakan Kristian kini sering memperjuangkan liberalisme dan hampir kesemuanya menyokong LGBT dan pada masa yang sama, mengutuk umat Islam kerana segala tentangan yang diberikan terhadap kumpulan tersebut.

Namun, perkara ini hanya mungkin berkaitan dengan Kristian di Malaysia sahaja kerana penulis rasakan bahawa kaum LGBT tidak diterima oleh mana-mana agama, bukan Islam sahaja.

Gereja Katolik,  Gereja Presbyterian, Gereja United Methodist, Southern Baptist Convention,  Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, National Association of Evangelicals, dan American Baptist Churches USA turut membantah terhadap perkahwinan sejenis.

Pada 31 Julai 2003, kenyataan dari Congregation for the Doctrine of the Faith yang diluluskan oleh Paus John Paul II, menyatakan bahawa "perkahwinan adalah sesuatu yang diciptakan oleh tuhan dengan ciri-ciri tersendiri dan sebab. Tiada ideologi yang boleh mengelirukan mana-mana pihak bahawa perkahwinan adalah sentiasa melibatkan antara lelaki dan perempuan."

Jadi, Ustak  berasa pelik apabila rakyat Malaysia, pihak Kristian terutamanya, menyokong kumpulan LGBT kerana tindakan tersebut bukan sahaja menunjukkan penentangan terhadap budaya timur, ia juga adalah sesuatu yang bertentangan dengan agama mereka sendiri. Rakyat seperti mereka berfikir bahawa penentangan tersebut adalah sesuatu yang konservatif dan bodoh, terutamanya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh badan-badan Islam terhadap perkara tersebut.

LGBT tidak dilahirkan sebagai LGBT. Mereka kesemuanya berubah setelah 'mencuba' sama ada secara sukarela atau secara paksa. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan golongan LGBT sering mempunyai kenyataan seperti 'dirogol oleh rakan-rakan di kolej'. Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dilupakan begitu sahaja, dan itulah perkara yang mungkin mengubah seseorang untuk menjadi LGBT. Jadi, LGBT bukanlah sesuatu yang semulajadim ia hanyalah masalah psikologi yang boleh 'dirawat'.
Jika Islam dilihat sebagai agama yang mundur dan konservatif, Kristian Malaysia juga perlu mengaku bahawa agama mereka sebagai agama yang mundur dan konservatif, termasuklah setengah juta rakyat Perancis yang mengadakan demonstrasi anti-LGBT di negara tersebut pada 14 Januari. Pihak Vatican sendiri mengesahkan keberkesanan demonstrasi tersebut di laman sesawang mereka. Dan juga rakyat di Rusia yang mengadakan demonstrasi yang sama pada 22 Januari? Adakah mereka sama bodoh seperti umat Islam di Malaysia?

Fakta terkini terhadap LGBT: 55 negara menentang LGBT, 93 menyokong, 27 enggan mengundi dan 17 tidak hadir untuk mengundi. Bagaimanapun, sehingga 12 September 2012, hanya 11 negara dari 194 negara di dunia membenarkan perkahwinan sejenis: Belanda (2000), Belgium (2003), Kanada (2005), Spain (2005), Afrika Selatan (2006), Norway (2009), Sweden (2009), Argentina (2010), Iceland (2010), dan Portugal (2010). Adalah 194 negara tersebut bodoh?

Dan di Amerika, hanya 9 negeri daripada keseluruhan 50 negeri di negara tersebut membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah 39 negeri-negeri tersebut bodoh?

Pada April 2001, satu kajian yang diterbitkan oleh American Sociological Review berpendapat bahawa kanak-kanak yang membesar dengan LGBT sebagai ibu bapa mereka, lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam homoseksualiti. Pada tahun 1997, sebuah buku yang bertajuk Growing up in a Lesbian Family: Effects on Child Development, Fiona Tasker, PhD, dan Susan Golombok, PhD, mendapati bahawa 25% golongan remaja yang membesar bersama ibu dari golongan lesbian, telah terlibat dalam hubungan homoerotic berbanding dengan 0% remaja bagi mereka yang dibesarkan oleh ibu-ibu heterosexual.

Dan tidak perlu Ustak ingatkan bahawa penyakit seperti HIV dan AIDS datang dari aktiviti homoseksual.
Allah SWT telah menciptakan alam lengkap dengan peraturan-peraturan semulajadi. Bulan sentiasa perlu mengelilingi bumi pada masa yang tepat, dan jantung perlu berdegup pada rentak yang sama untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan baik. Jika bumi berganjak walaupun 1milimiter, pasti dunia akan hancur. Dan juga bagi hubungan, peraturan alam telah menyatakan bahawa lelaki sentiasa akan berpasangan dengan perempuan, dan mereka pasti akan dikurniakan cahayamata yang akan memberikan lebih warna dalam kehidupan mereka.

Allah SWT telah berjanji bahawa jika alam diubah walaupun sedikit, segalanya akan hancur. Membuat sesuatu yang tidak selari dengan peraturan alam hanyalah sesuatu yang bodoh. namun, mengutuk Islam kerana mengecam LGBT, hanyalah satu perbuatan munafik.

Sunday 27 January 2013

Keberanian Presiden UMNO Dan Kebaculan Mursyidul Am PAS


Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya telah selamat tiba di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.

Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.

Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.

Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.

Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.

Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.

Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.

Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.

PAS yang sering menanam semangat jihad kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.

Friday 25 January 2013

ULANGKAJI SEJARAH Perjuangan & Jasa TUN M yg mungkin dilupa oleh generasi Y

Nama beliau ialah Margaret Thatcher. SIAPA DIA NI..?? Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir. 

Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba.

Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.

Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.

Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia.

Hingga PM Britain Margerat Thactcher sendiri kene ke KL ngadap Tun M.

Belum masuk citer Sudan Oil lagi mcm mana Petronas leh jd kuat di serantau afrika n camner US nak isytihar perang ngan Malaysia sbb kes tu.

Tahun '88, apabila negara Sudan mula stabil dan hendak majukan negara, de offer kt negara luar untuk bantu dia majukan carigali minyak sebab Sudan xde modal dan kepakaran sendiri.

Mula-mula US datang bersama Texas Oil utk buat research selama 3 bulan. Lepas tu US kata minyak di Sudan x berbaloi utk dibangunkan.

Tp Sudan x puas hati sbb dia percaya bahawa minyak kt negara dia mmg banyak.

Negara lain x berani masuk sebab US semacam dah bagi signal jgn masuk. Tp Petronas jer yang berani masuk utk buat research.

Dapatan Petronas kata simpanan minyak di Sudan antara terbesar di dunia.

Bila kapal-kapal dari Malaysia nak turun ke Sudan, US buat blockade kat international water sempadan Sudan. Kalau Malaysia masuk jer, isytihar perang dengan US.

Time tu CEO Petronas kata nak patah balik, tp Mahathir kata go on, nanti dia setelkan.

Rupa-rupanya, Mahathir ke China utk masukkan China sebagai joint-venture dlm projek Sudan Oil. China buat piping.

Sebab masukkan China, US terus buka laluan utk kapal malaysia masuk

Dan deal yg Malaysia buat dengan Sudan sgt2 menekan syarikat minyak yg lain.

Standard deal yg masa tu adalah 70% profit utk syarikat dan 30% profit utk negara tersebut.Petronas punya deal 15%,Negara tersebut dpt 85% tp hanya 25% diberi dlm bentuk kewangan. Yang belen tu Petronas akan bertanggung jawab utk majukan bandar, buat sekolah, infrastruktur dan sebagainya. Sebab kalau bg cash, org Sudan ni akan beli senjata tembak sama sendiri jer.

Deal macam ni x pernah di dengar dan mulalah negara Afrika offer job kat Petronas sehinggakan jadi foreign oil company no.2 terbesar interms if kawasan di dunia...

Mana tak rothschild, rockefeller ngan soros x bengang ngan Malaysia...

Sekian utk renungan......

Thursday 24 January 2013

Hinanya Majlis Syura Parti ISLAM Di Mata PR



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya tetapi kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kita terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kita akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap kluk-klek PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

Tuesday 22 January 2013

Luahan Hati Penyokong tegar PAS Terhadap Pemimpinnya



PEMIMPIN PAS selalu dianggap sebagai pemimpin yang maksum dengan berimejkan jubah, serban & kopiah oleh penyokong tegar mereka & disembah di puja bagaikan tidak ada pemimpin dari parti lain yang boleh dipercayai oleh mereka melainkan pemimpin PAS.

Tetapi malang bagi seorang penyokong tegar PAS di Terengganu apabila dia menceritakan bahawa dia telah di khianati oleh YB adun ladang, malahan menjadi mangsa dengan keadaan yang teramat sedih & menderita apabila isterinya telah dirampas oleh YB PAS tersebut.

Apa berlaku kepada penyokong tegar PAS ini apabila isterinya telah ditawarkan untuk bekerja kepada YB PAS Adun Ladang ini bagi menjaga isteri adun tersebut yang sedang Sakit ketika itu kerana komplikasi penyakit darah tinggi pada September 2011.

Selama 6 bulan isteri kepada penyokong tegar PAS ini berulang alik ke rumah YB PAS adun Ladang tersebut bagi menjaga isteri YB, tetapi apa yang menghairankan penyokong tegar PAS ini apabila isterinya sanggup ke rumah YB tersebut walaupun pada waktu malam dengan alasan YB panggil untuk melihat isteri YB yang memerlukan khidmatnya.

Apa yang lebih sedih & kejam apabila dia diberitahu YB PAS adun tersebut pernah dilihat berada di rumahnya bersama isterinya ketika dia tiada di rumah & dikatakan mempunyai hubungan sulit.

Nasib yang lebih malang bagi pengikut tegar ini apabila isteri YB PAS adun ladang tersebut meninggal dunia, tetapi isterinya masih lagi berulang alik ke rumah YB PAS adun ladang acap kali tanpa memberitahu suaminya, menyebabkan penyokong tegar PAS ini bergaduh dengan isterinya.

Akhirnya, isteri penyokong tegar ini menuntut fasakh di mahkamah. Kerana tidak mahu menanggung dosa isterinya yang curang, penyokong tegar PAS ini telah menceraikan isterinya & terbukti selepas setengah tahun kemudian isterinya telah berkahwin dengan YB PAS adun ladang tersebut, sehingga kini penyokong tegar PAS ini menanggung derita & rasa amat terhina dengan perbuatan isterinya serta merasa teramat aib dengan masyarakat.

Dia sungguh tidak sangka seorang YB PAS yang disanjungnya selama ini telah mengkhianati kepercayaanya & seorang penipu yang sanggup merampas isterinya secara kotor & terhina.

Sunday 20 January 2013

Sinar Harian Membantu Secara Langsung Dalam Memenangkan PR?





Sinar harian membantu Pakatan dengan pelbagai cara halus dan kini menjadi lebih jelas.

Baca selanjutnya di:


http://theunspinners.blogspot.com/2013/01/model-perniagaan-sinar-harian-asas.html

PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?




Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Sunday 13 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat #112?


Pernah kita lihat anak-anak bawah umur diekploitasi untuk mengutip sedekah dan memaksa mereka membuat jualan seperti kalender, kismis, herba dan minyak angin? Bagaimana reaksi anda apabila melihat mereka diekspolitasi? Kenapa kita tidak membuat reaksi yang sama apabila melihat anak-anak kecil ini dieskpolitasi demi politik sempit segelintir rakyat yang rakus ingin berkuasa?

Dalam himpunan itu juga, kedapatan orang-orang tua dipaksa-rela untuk hadir, bukankah penganjur patut sekat atau larang orang-orang tua ini kerana perbuatan ini jelas tidak menghormati orang tua. Diriwayatkan hadith dari Ibni Abi Najih hadith dari Ibni 'Amir hadith dari Abdillah b 'Amru meriwayatkan hadith Ibnu Sarhih berkata: 'Hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Man lam yarham soghirana wa-ya'rif haqqa kabirina falaisa minna.' (Yg bermaksud: Barangsiapa yg tidak menyayangi anak-kanak kecil (atau kanak-kanak) dan tidak tahu hak orang-orang tua (antaranya, dihormati), maka bukanlah dia dari golongan aku (Nabi).) [Hadith Abu Daud, Kitab Adab].

Jika tidak maka kita tidak diakui sebagai tergolong sebagai umat Muhammad (s.a.w). Kalau tak tergolong dari kalangan umat Muhammad (s.a.w), maka umat siapakah kita? Di akhirat kelak mereka yg tidak tergolong sebagai umat Rasulallah (s.a.w) tidak mendapat minum air Telaga al-Kauthar dan tidak akan diberi atau boleh mendapat syafaat Rasulallah (s.a.w). Syafaat Rasulallah (s.a.w) itu penting, kerana kebanyakan umat Islam memerlukan pertolongan di akhirat kelak.

Sumber: http://www.facebook.com/amin.coway.malaysia/posts/143698592451876?comment_id=300784&notif_t=like


Friday 11 January 2013

#KL112 : Peserta Dibayar Duit Tunai Untuk Merusuh?



1. Gambar mampu menceritakan 1,001 patah perkataan. Gambar di atas yang sedang hangat di facebook dan juga twitter telah menceritakan kisah sebenar di sebalik kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat.

2. Anak-anak muda ini telah dibayar dengan amaun yang agak besar (mungkin RM 500) untuk tujuan apa sebenarnya?

3. Jelas menunjukkan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat ini tidaklah seBersih sebagaimana didakwa.

4. Adakah anak-anak muda ini dibayar untuk mencetuskan huru-hara, membuat provokasi terhadap polis ataupun untuk melakukan onar?

5. Pihak penganjur HKR 112 haruslah bertanggung jawab dan menjelaskan apakah tujuan pembayaran ini sebenarnya.

6. Pihak pembangkang sering kali menuduh bahawa perhimpunan yang dibuat oleh kerajaan, khalayaknya dibayar untuk datang walaupun tanpa bukti. Kini, bukti bergambar telah disertakan maka buatlah penilaian anda sendiri.

7. maklumat juga diterima daripada daerah Kuala Langat apabila DAP membayar pesertanya dengan RM40 seorang serta menyediakan 2 buah bas untuk membawa peserta ke tempat mula berkumpul esok. Satu daripada Banting dan satu lagi daripada Jenjarom.

8. PAS Kuala Langat pula memberikan sejumlah wang tetapi menasihatkan peserta demonstrasi ini untuk menaiki kenderaan awam agar tidak disyaki menerima peruntukan dari mana-mana pihak.

9. Dengan bukti-bukti sebegini, mana-mana rakyat yang turun haruslah meminta wang dari penganjur kerana tidak adil kepada semua. Mereka yang berkobar-kobar kononnya ikhlas berjuang untuk pakatan, kini lihatlah betapa kotornya pakatan yang anda sokong tersebut.

10 Tetapi nescaya mereka akan kata ini semua UMNO yang buat. Ayat yang mudah untuk menutup kesalahan dan dosa sendiri.

11. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Sumber: http://truthvaccine.blogspot.com/2013/01/kl112-peserta-dibayar-duit-tunai-untuk.html

PAS... Dulu Lain... Sekarang Lain...


  
PERJANJIAN SYAITAN KE PUTRAJAYA, PAS yakin dengan DAP dan PKR bahawa penggunaan perkataan Allah oleh Gereja dan Kristian tidak salah! PAS berjaya mentarbiah DAP atau DAP berjaya menjadikan PAS sebagai lembu? Mesyuarat ke-6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, Nik Aziz hadir sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Hadi Awang sebagai Naib Yang DiPertua PAS. Mesyuarat antara lain diminitkan seperti berikut:

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Hari ini, PAS bukan sahaja bekerjasama untuk menjadikan 'pelakon video lucah' sebagai Perdana Menteri dan DAP sebagai rakan kongsi ke Putrajaya, Presiden Pas, Hadi Awang kekal untuk terus mengkafirkan penyokong UMNO melalui Amanat Hadi serta Kristiankan nama Allah.
 

Haji Hadi kata: "Orang Kafir boleh diizinkan untuk menjadi rakyat tetapi tidak boleh jadi pemerintah"?

(Klik gambar - untuk besarkan gambar)

Selepas Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan orang Umno, satu lagi ucapan Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Hadi Awang yang bersifat hukum dapat dikesan iaitu beliau menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak layak menjadi pemimpin atau pemerintah.

Dengarkan video berikut dari saat ke 0.53 ke minit 1.15 :



Kenyataan ini dengan jelas bermakna sekutunya dalam pakatan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bukan Islam tidak berhak menjadi pemimpin atau kerajaan jika diberikan mandat.

Ucapan berkenaan yang diperolehi dari rakaman ucapan asalnya berbunyi: “Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja dia boleh jadi rakyat tetapi dia boleh jadi pemerintah, boleh jadi kerajaan, boleh jadi pemimpin tetapi hak bagi bukan Islam dalam Negara Islam boleh diizinkan untuk menjadi rakyat tetapi tidak boleh jadi pemerintah”.

Kita tidak tahu samaada orang-orang bukan Islam menyedari atau tidak penegasan Haji Hadi yang jelas dan nyata meletakkan taraf orang bukan Islam hanya sebagai rakyat sahaja dalam negara ini.

Persoalannya, bila Pas bersama pakatan menuju Putrajaya, bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam yang menurutPresiden Pas itu hanya layak menjadi rakayt biasa sahaja bukan pemerintah.

Pemerintah yakni kerajaan sudah pastilah membabitkan barisan kabinet. Apakah hanya orang Islam dalam DAP dan PKR dan komponennya sahaja boleh dipilih menduduki barisan pemerintah/kabinet?

Apa akan jadi kepada Lim Kit Siang,Lim Guan Eng, Karpal Singh, R.Sivarasa dan lain-lain bukan Islam.

Sanggupkah mereka menjadi rakyat biasa sahaja kerana mereka bukan Islam? Persoalannya juga bagaimana dengan pakatan bersama dan Buku Jingga yang telah ditandatangani bersama oleh Haji Hadi (Pas), Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP) bagi menuju Putrajaya?

Apakah orang-orang bukan Islam samaada dalam DAP dan PKR menyedari atau tidak tentang penegasan Haji Hadi itu yang jelas menafikan hak mereka?

Kalau sekiranya Haji Hadi dan Pas tidak menarik balik kenyataannya tentang ketiadaan hak bukan Islam untuk menjadi pemerintah/kerajaan bermakna mereka hanya berpura-pura dalam pakatan pembangkang yang disebut pakatan rakyat itu.

Tetapi jika beliau (Haji Hadi) menarik balik kenyataan yang dibuat bermakna hukum Islam boleh diubah-ubah sesuka hati sedangkan hukum Islam tidak boleh diubah-pinda.

Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seharusnya perlu dimaklumkan secara jelas dan menyeluruh oleh pihak pihak supaya tidak menimbulkan kekecohan, konflik dan perbalahan jika sekiranya rakyat memberi mandat kepada pakatan mereka ini.

Wednesday 9 January 2013

Sebab Tidak Boleh Bersetubuh Semasa Haid



Ada beberapa hal dalam hidup berumahtangga yang perlu /wajib diketahui oleh pasangan suami -isteri. Baik yang baru , akan atau yang telah lama hidup berumahtangga. Ini bukan saja bagi mengelakkan dari melanggar larangan Allah, namun disebaliknya dapat memelihara kesihatan suami-isteri.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.”(QS. Al-Baqarah: 222)


Mukjizat al-Qur’an tidak terbatas pada keindahan estetika dan strukturnya yang tepat. Tapi, juga mencakupi pada masalah-masalah seksual (hubungan suami isteri). Lebih dari itu, mukjizatnya tampak pada masalah-masalah preventif medik, sebagaimana ilmu kedoktoran menganjurkan agar menghindari berhubungan intim dengan wanita (isteri) dalam keadaan haid. Hal ini disebabkan dinding kulit vagina pada waktu haid lebih sensitif.

Sehingga, bila tetap dipaksakan melakukan hubungan badan (intim) akan terasa sangat pedih, terluka dan dinding vagina terasa terkelupas. Akibatnya, daya tahan (imuniti) dari virus pun sangat lemah. Akhirnya, menjadi tempat bersarangnya bakteria, kerana darah merupakan tempat yang paling subur untuk berkembang biaknya.

Oleh kerana itu, melakukan hubungan seksual pada waktu haid dilarang. Sebabnya, masa itu sangat rawan akan penyakit dan bakteria mudah menyerang rahim yang sedang dalam kondisi lemah (Dr. Muhammad ‘Abdullah Syarqawi, al-Mahidh baina Isyaarati al-Qur’an wa Haqaaiqi ath-Thibb,majalah Al-Wa’yu al-Islami, edisi Mei 1985).

Ketika itu daya tahan (imuniti) rahim tidak berfungsi sehingga bakteria tumbuh subur, bahkan penyakit itu dapat menyebar ke leher rahim, sehingga dapat menutup salurannya yang memberi kesan pada proses pembuahan ke rahim. Yang demikian itu akan mengakibatkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim.

Selain itu, rasa sakit yang ditimbulkan sangat parah, juga dapat mengakibatkan pecahnya rahim. Sehingga darah akan menyebar ke sekitar perut, bahkan dapat mengakibatkan kematian. Kadangkala menyebar ke saluran kencing, sehingga bahkan merebak ke alat salurannya. Boleh jadi hal ini mengakibatkan serangan kanser pada mulut rahim. Sedangkan, penderita laki-laki akan mengalami rasa sakit yang parah, bakteria akan meningkat semakin banyak jumlahnya, dan rasa nyilu pada saluran kencing.

Penyakit ini sangat berpengaruh pada kejiwaan dan fizikal penderita wanita. Kejiwaannya menyimpang serta mengalami depresi dan penurunan mental. Sehingga, kedaan jiwanya menjadi tidak normal yang dapat berpengaruh pada kondisi fizikalnya. Akibatnya, dapat menurunkan daya seksualnya dan bahkan boleh berakibat impotensi sehingga dapat mengganggu hubungan suami-isteri yang pada akhirnya berakibat depresi, fizikalnya pun menjadi lemah.

Oleh kerananya, seorang isteri dalam keadaan seperti ini, bila melayani suaminya dianggap tidak mempunyai hasrat terhadap suaminya. Sehingga, akan mengakibatkan terputusnya tali kasih sayang di antara keduanya, bila suami tidak mengerti keadaan fizikal dan kejiwaan si isteri.

Dengan demikian, kita lihat bahwa syari’at (hukum/aturan) Islam yang terdapat dalam ayat yang disebutkan di atas merupakan pelopor ilmu pengetahuan yang sedang meniti jalannya. Hal ini juga menunjukkan mukjizat dari ayat tersebut.

Ulama' Sunnah Wal Jamaa'ah Di Malaysia Dalam Dilemma?


Pelbagai reaksi boleh timbul hasil dari tulisan ini, namun penulis tetap tegaskan menjelaskan kesesatan Syiah tetap menjadi tanggungjawab utama golongan agama. Agamawan yang pasif dan lemah dalam menanggapi persoalan isu ini sering kali menjadi sindiran dan bahan ketawa golongan Syiah yang menganggap diri mereka menjuarai isu-isu agama dan ulama’ Sunni sering kali tidak mampu menjawab hujah-hujah mereka semasa.

Di alam maya seperti blog-blog dan laman sosial, Syiah mendatangi ahli Sunnah Wal Jamaa'ah dengan hujah-hujah putar belit yang pelik berkaitan isu-isu sirah, sejarah dan hadis-hadis yang mencengangkan bukan sahaja para ustaz-ustazah sekolah menengah, guru-guru pondok bahkan pensyarah-pensyarah universiti. kita telah menyaksikan bagaimana tumbangnya tiga pensyarah universiti di Akademi Islam UM, ustazah-ustazah di Gombak, Gunung Semanggul, Pendang yang akhirnya memilih akidah mencaci para sahabat nabi. Situasi ini membingungkan masyarakat yang gagal ditangani oleh pihak berkuasa sehingga hari ini.

Peliknya Syiah yang hanya segelintir boleh menunjukkan kekuatan mereka tanpa limit, sementara golongan majoriti yang menggenggam kuasa menjadi lemah dengan rela menyerahkan graduan-graduan universiti dan murid-murid sekolah dengan membiarkan generasi baru mereka yang kosong dadanya menerima suapan para agamawan syiah disekolah-sekolah dan universiti. Selain usaha-usaha segelintir agamawan yang memiliki kesedaran yang tinggi terhadap bahayanya agama syirik dan mencaci sahabat nabi ini, kita tidak nampak golongan agamawan lain di semua peringkat memiliki kesedaran dalam persoalan ini.

Persoalan ini bukannya boleh diselesaikan menerusi khutbah Jumaat sekali-sekala, serbuan dan tangkapan sekali-sekala JAIS (satu-satunya institusi agama negeri yang menjalankan tindakan terhadap Syiah), kenyataan akhbar atau parlimen yang kabur tetapi agamawan perlu menjalankan tugas mereka menyatakan kepada masyarakat tentang bahayanya Syiah dan menjawab putar belit Syiah dengan hujah-hujah yang benar berkaitan isu-isu agama.

Sepatutnya mereka mula menulis buku-buku kecil bagi meningkatkan kesedaran tentang bahayanya Syiah dan menjelaskan matlamat utama ajaran itu disebarkan iaitu menukarkan dan memadamkan cahaya Islam dengan agama baru ciptaan Yahudi (Abdullah bin Saba’) pada abad pertama Hijrah.

Kita sangat kecewa dengan para ustaz sekolah yang lebih mengenali senarai pemain kelab pemain bola sepak luar negara melebihi mengenali nama-nama idola generasi sahabat nabi. mereka langsung tidak mampu menterjemah biografi sepuluh sahabat dijamin syurga, bahkan ramai yang tidak mengetahui nama ibu-ibu mereka (ibu kaum mukminin – Aisyah, Hafsah) dan datuk-datuk mereka (Abu Bakr dan Umar, Abu Sufyan r.a).

Secara jelas, biografi mereka tidak dikaji dengan teliti, berapa jumlah bilangan hadis yang diriwayatkan oleh mereka tidak pernah diketahui dan sejarah sebenar mereka tidak pernah diungkapkan dengan baik bahkan langsung tidak sepadan dengan nama-nama pemain bola sepak terkenal, artis-artis terkemuka hingga ramai kalangan agamawan tidak dapat dibezakan dengan guru-guru sukan sekolah, penjual jualan langsung atau sebagainya.

Jarang saya melihat para ustaz atau pensyarah universiti yang saya kenali bercakap isu kesesatan Syiah kepada ahli keluarganya sendiri atau rakan-rakan mereka apatah lagi nak menjelaskan situasi sebenar permainan hipokrit Syiah dan negara-negara Syiah di Timur Tengah. Sikap dan situasi sebegini sangat mengecewakan dan merugikan agama dan kita tidak tahu melabelkan golongan ini pada tahap mana sebenarnya walaupun kita akur merekalah pendidik yang mendidik anak-anak kita di sekolah.

Dasar reduction terhadap institusi ilmu yang diperkenalkan oleh Barat telah berjaya menjadikan ustaz-ustaz dan agamawan tahap tinggi (pensyarah universiti) sebagai ustaz feqah sahaja, ustaz usuluddin sahaja, ustaz falsafah, ustaz bahasa arab sahaja, ustaz tafsir sahaja, ustaz hadis sahaja, ustaz sejarah sahaja, ustaz tamadun sahaja, ustaz mirath sahaja, ustaz muamalah sahaja, ustaz usul fiqh sahaja, ustaz ashairah sahaja dan sebagainya.

Betapa ramai golongan ini tidak mengenali Syiah dan sejarah asal-usul mereka memperkudakan ahli bayt dan tujuan asal mereka menyerang para sahabat nabi utama. Saya pernah mendengar keluhan pensyarah universiti pengajian Islam yang keliru tentang taqrib, membela Hafiz al-Asad dan Muammar Ghaddafi dalam keadaan seluruh dunia mengetahui aqidah busuk mereka dan kezaliman mereka terhadap ahli sunah di sana.

Saya tidak mengetahui apakah ustaz ini membaca kitab-kitab firaq seperti al-Farq Bayn al-Firaq, al-Milal wa al-Nihal, kitab al-Fasl Ibn Hazm dan lain-lain yang sepatutnya menjadi rujukan beliau semasa mengajar usuluddin, saya juga tidak mengetahui apakah beliau mengerti perkembangan politik terkini dunia walaupun beliau sendiri lulusan Timur Tengah untuk membaca kisah-kisah sebenar isu di Syria, Iraq, Bahrain dan lain-lain.

Bagi saya pensyarah-pensyarah seperti ini tidak mampu untuk berdepan dengan Faisal Tehrani dan tulisan-tulisannya yang memprojekkan Islam Alam Melayu Terawal adalah Syiah menerusi aspirasi budayanya. Patutlah saya melihat tidak ada seorang pun pensyarah universiti baik bidang pengajian Melayu, sejarah Melayu, Sejarah Islam, Usuluddin boleh menyangkal tulisan Faisal Tehrani yang bermotifkan syiah.

Saya percaya orang-orang macam ini tidak mampu berdepan dengan aqilfitri atau Mohd Shaiful Ramezi Endut di Intistut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) yang secara khusus terhadap pemikiran dan falsafah. Berbeza dengan mereka yang bukan berlatar pendidikan Islam mampu menceritakan tentang Syiah dengan lebih informatif, menjelaskan situasi sebenar di Syria hasil pengkajian sejarahnya sahaja walaupun tidak mampu berbahasa arab dengan baik tetapi memiliki kesedaran yang tinggi.

Tulisan ini bukan berniat memperlekehkan golongan agama, sekali-sekala mereka perlu ditegur dan dikejutkan dari tidor yang lena kerana mereka lupa anak-anak mereka boleh terdedah kepada Syiah dan generasi mereka boleh terjebak dengan Syiah menerusi pelbagai cara kerana golongan syiah sudah pun meresapi sendi-sendi struktur masyarakat dan negara kita.

Jika agamawan sendiri masih terpinga-pinga dan tidak melihat pentingnya isu kesesatan syiah dijelaskan dan mereka tidak bercakap dan melindungi keluarganya sendiri dari ancaman ini, apakah mereka boleh melindungi jemaah mereka di surau, murid-murid mereka di sekolah atau universiti atau di tempat lain?

Saya terpaksa bercakap demikian kerana ramai pensyarah kita yang memiliki metodologi pengkajian yang hebat, sangat lemah menggunakan metodologi penyelidikan mereka untuk kepentingan masyarakat dalam masa yang sama mereka lebih mengutamakan penyelidikan universiti yang gerannya bernilai jutaan ringgit dan mengabdikan diri kepada pengiktirafan jurnal-jurnal barat untuk kepentingan habuan dunia mereka – jawatan Prof Madya atau Profesor yang memberikan gaji yang besar dengan membiarkan masyarakat terkapai-kapai terumbang-ambing bertarung antara syurga dan neraka.

Jika demikian pensyarah universiti, bagaimana mereka nak mendidik graduan untuk menjadi guru atau ustaz dan ustazah?
Bagaimana pula anak didik rupa ustaz-ustazah tersebut?
Siapakah anak didik ustaz-ustazah tersebut?
Bukankah anak-anak kita semua, ahli keluarga kita?
Persoalan akhirat fikirlah sendiri… 

Mengapa Mereka Dan Keluarga Mereka Tidak Undi PAS?

Dulu saya merupakan seorang yang paling kuat menyokong pakatan PAS dan DAP. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya dapati PAS terlalu terpesong jauh mungkin kerana dendam kesumat ke atas UMNO dan usaha untuk membawa pakatan rakyat ke Putrajaya maka PAS tidak peduli apa yang dikatakan oleh pemimpin DAP. PAS perlu menjadi salah satu pemecah undi orang Melayu kerana dengan cara ini sahaja orang Melayu tidak akan menjadi sebagai kaum majoriti yang boleh membuat keputusan dan itulah matlamat yang paling dikehendaki oleh pemimpin DAP.

Disini saya ingin menasihati umat Islam bahawa adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam surah al-Muntahanah ayat 9 :

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ
هُمُ الظَّالِمُونَ 

`Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’

Jika anda menyokong PAS seolah-olah anda juga menyokong pepercahan umat Islam sekaligus membolehkan parti DAP menjadi sebagai parti yang mampu boleh membuat keputusan.

Ingailah wahai umat Islam PRU13 adalah merupakan PRU terakhir bagi umat Islam jika kita memilih PAS sebagai pilihan kita.

PAS Akan Melaksanakan Semula Kutipan Zakat dan Kharaj Keatas Bukan Islam Di Negeri Terengganu?

Kutipan Zakat dan Kharaj

KUALA TERENGGANU. 4 DIS. Kerajaan Pas Terengganu akan mewajibkan kutipan zakat terhadap semua individu yang beragama Islam dan kegiatan ekonomi serta mengenakan 'kharaj' (cukai) terhadap individu yang bukan beragama Islam.

Menteri Besar Terengganu Abdul Hadi Awang dalam satu sidang akhbar berkata, kerajaan negeri akan merangka undang-undang berhubung perkara itu secepat mungkin yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri untuk kelulusan.

''Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji dasar berkenaan dan dasar-dasar lain yang berkait dengan pentadbiran Islam di negeri ini,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran di Masjid Pulau Rusa di sini, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Harun Taib akan membuat kajian terperinci berhubung perkara itu untuk membolehkan undang-undang berkenaan dirangka.


Abdul Hadi berkata kerajaan Terengganu juga akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Kelantan tidak lama lagi untuk melaksanakan dasar itu di kedua-dua negeri.

Beliau berkata kutipan zakat itu juga akan melibatkan kegiatan ekonomi termasuk pertanian, perlombongan, industri dan perniagaan manakala mereka yang bukan Islam pula dikenakan membayar kharaj.

Ketika diminta menerangkan lebih lanjut mengenai kutipan cukai terhadap bukan Islam, Hadi berkata kandungan terperinci mengenai dasar itu akan diumumkan sebaik sahaja kajian mengenainya selesai.
Beliau berkata banyak pihak mengkritik kerajaan negeri kerana menghapuskan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud dan cadangan menghapuskan cukai pintu rumah kediaman di Terengganu, kerana mereka membayangkan kedua-dua tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit.

Beliau berkata kerajaan Pas Terengganu mempunyai banyak pilihan untuk mengatasi kerugian itu serta menambah hasil kerajaan negeri termasuk mengenakan kutipan zakat dan kharaj di negeri ini.

''Kita mempunyai banyak sumber hasil termasuk zakat dan royalti (minyak) serta dari kegiatan ekonomi lain,'' katanya.