Saturday 22 June 2013

dato husam musa sah telah ditangkap

Tangkapan ke atas dato husam musa -

Pada 22 jun 2013, jam 1540, satu tangkapan telah dibuat ke atas dato husam bin musa di restoran sari ratu, Desa Pandan , Kuala Lumpur. Tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota D7 bukit aman diketuai oleh insp mohd said ( G/ 15018) dan sepasukan anggota D9 bukit aman diketuai oleh insp muzaffar.  Tangkapan dibuat merujuk kepada Ketereh rpt 880/13 iaitu laporan polis berhubung dengan kenyataan hasutan oleh YB Dato Husam Musa pada 12/6/2013 dalam Perhimpunan Blackout 505, Di Padang Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. OKT telah dibawa ke balai polis ampang bg tujuan dokumentasi dan laporan tangkapan dibuat dijadikan Pudu rpt. OKT akan dibawa ke Kota bharu , Kelantan untuk siasatan selanjutnya.

Ringkasan kes :
Pada 12/06/2013 jam lebih kurang 2000 hrs hingga 2359 hrs, pengadu bersama sepasukan anggota Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Kelantan, membuat tugas pemantauan dan cegah jenayah sempena Perhimpunan Blackout 505, di Padang Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Pada jam lebih kurang 2315 hrs hingga 2330 hrs, YB Dato’ Husam Musa ada memberikan ucapan yang didapati mempunyai kecenderungan untuk menghasut. Antara intipati ucapan beliau adalah seperti berikut :

1)    Ucapan yang dibuat mempunyai kecenderungan menghasut dengan membangkitkan perasan marah orang ramai berhubung dakwaan penipuan didalam PRU Ke-13.

2)    Menyuruh / menyeru orang ramai bangun menentang penipuan yang didakwa dilakukan semasa PRU Ke-13 dengan mengambil contoh penentangan rakyat Mesir yang berhimpun memenuhi Dataran Tahrir.

3)    Menyeru orang ramai untuk hadir Perhimpunan Blackout 505 pada 22/06/2013 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, dengan mengatakan bahawa “penentangan kita adalah satu jihad fi sabil lillah dan jika salah seorang daripada kita terkorban, maka mati kita adalah mati syahid”.

Siasatan dijalankan dibawah Sek 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. IO ASP Noland SIO Kota Bharu.

Laporan Polis yang di buat di Daerah Ampang Jaya sebagaimana Pudu Rpt.5237/13.

Pengadu : Mohd Said Bin Mamat.
Kpt : G/15018.
Tempat Tugas : JSJ D7 Bukit Aman.

No comments:

Post a Comment