Friday 15 February 2013

Penyokong PAS = Penyokong Syiah?



1. Tok Guru mereka adalah maksum. Tak pernah buat salah. Betul 100% dan terima aje .......... Walaupun cakap merapu meraban (Syiah la ni).

2. Penganut agama ini terlalu mengagung dan mendewakan Tok Guru - yang peliknya Tok Guru suka dengan pendewaan ini (sebijik macam Syiah yang mengagungkan Imam mereka)

3. Mengkafirkan umat Islam (yang tak nak bersekongkol dengan dia) yang siang malam menyebut kalimah syahadah melalui sembahyang dll sebagai kafir. (syiah mengkafirkah ahlul sunnah dan melaknat para sahabat termasuk isteri Nabi SAW)

4. Mengamalkan perbuatan "Takiyah" - berpura-pura baik (contoh bila ada pemberian BR1M ka) tetapi dalam hati busok ya amat. (sifat Syiah yang pura2 baik dengan ahlul Sunnah tetapi kalau ada kesempatan, mahu ditikamnya Ahlul Sunnah tu)

SYIAH ADALAH SESAT DAN MENYESATKAN


Fahaman Syiah dikatakan kembali aktif di negara ini dengan beberapa tangkapan telah dibuat minggu lalu.  Fahaman ini dikatakan dimulakan oleh beberapa orang dari Iran dan Iraq, semakin mendapat sambutan daripada masyarakat Islam negara ini dengan sudah ada pun yang taksub.

Minggu lepas, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menangkap 200 orang yang dikatakan terlibat di dalam penyebaran fahaman syiah di sebuah rumah di Batu Cave.  200 orang tau, bukan sikit.

Tapi bila bercakap tentang syiah, kita janganlah melupakan parti PAS kerana PAS adalah hasil benih-benih syiah yang telah bersemai subur di kalangan masyarakat kita sejak tercetusnya revolusi Iran tahun 1978.

Kecik hati pemimpin PAS bila kita cakap pasal syiah tanpa merujuk kepada mereka.

PAS banyak terpengaruh dengan revolusi Iran 1978.  Awal penubuhan dulu, PAS tidak mempunyai Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursamdul Am.  Semua tentang PAS daripada presiden sehingga ke peringkat terendah kepimpinan adalah dipilih melalui pengundian (demokrasi).

Tapi dek terpengaruh dengan revolusi Iran 1978, PAS telah mewujudkan sebuah badan tertinggi bernama Majlis Syura Ulama pada 1982 (4 tahun selepas Revolusi Iran 1978), meniru Badan Pelindung Iran (Guardian Council) yang diketuai seorang Ayatollah.

Cuma berbeza dari segi nama, Majlis Syura Ulama PAS diketuai Mursyidul Am.

Tapi dari segi taraf, Guardian Council Iran ini sama dengan Majlis Syura Ulama dimana Ketuanya tidak dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli yang dibawah walaupun mempunyai kuasa yang tertinggi dalam parti/kerajaan masing-masing.

Penentangan domestik yang berlaku dalam negara Iran hari ini adalah kerana ada dikalangan rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan yang tidak berpaksikan rakyat sebaliknya semua keputusan ditentukan golongan elitis ulama yang menguasai Guardian Council.

Sama masalahnya dengan PAS, yang hanya bertopengkan demokrasi sedangkan hakikatnya semua perkara berkaitan dasar parti adalah ditentukan Majlis Syura Ulama dan ketuanya, Mursyidul Am.

Contoh, bila ada isu perbezaan pendapat dalam PAS terutama yang melibatkan mursyidul am dan Presiden, kita boleh nampak siapa sebenarnya yang lebih berkuasa.  Nik Aziz pernah ‘sound‘ Hadi Awang berkenaan siapa ketua sebenar dalam PAS.  Adakah Nik Aziz ini dipilih oleh ahli yang dibawah secara demokrasi?  Sudah tentu tidak tapi kenapa dia pulak yang berkuasa penuh?  Kerana perlembagaan PAS menjamin kekuasaannya, maka tiada siapa yang boleh membidas Nik Aziz.

Satu lagi ciri yang menyamakan PAS dengan Syiah ialah ketaksuban kepada pemimpin.  Macam mana rakyat Iran taksub dengan Ayatollahnya, macam itulah pengikut PAS taksub kepada Mursyidul Amnya.  Pengikut PAS pun pernah hukum kafir kepada orang Islam lain yang tidak sehaluan dengannya sama macam Syiah hukum kafir kepada orang mazhab lain yang berbeza.

Tapi apa pun nasib kita agak baik kerana Nik Aziz hanya kekal jadi ‘Ayatollah’ dalam PAS, tidak mungkin dia boleh jadi Ayatollah dalam kerajaan Malaysia ini (ditakdirkan pembangkang menang) sebab PAS punya kekuatan tidak setanding PKR dan DAP yang mana PAS hanya layak jadi pak turut saja.  Tengokla dalam janji 100 hari PR, tiada satu pun perjuangan teras PAS yang dimasukkan di dalam itu.

Pokoknya, memilih PAS bermaksud bertambah mengembang subur kan fahaman syiah di negara ini, mungkinla tak sampai ketahap mendewa-dewakan Saidina Ali tapi setakat itu sajalah berbezanya, yang lain itu akan tetap sama.

Walau bagaimanapun, jangan ambil ringan sebab walaupun Nik Aziz tidak mungkin jadi pemerintah negara ini, Anwar dan Lim Kit Siang masing-masing adalah ‘Ayatollah’ dalam parti masing-masing.  Pendek kata, memilih pembangkang bermaksud memilih corak pemerintahan ala-ala kuku besi di negara ini.

Jadi sokong sajalah Barisan Nasional, fahaman kita pegangan kita dan amalan kita akan selamat dunia akhirat.

4 comments:

  1. Tidak mengejutkn aku. Dulu sekitar tahun 1987, aku masa tu masih sekolah dan terlibat dgn majlis Maal Hijrah peringkat kebangsaan. Aku wakil negeri dari sekolah menengah biasa. Ada juga rakan peserta dari negeri aku dari sekolah agama. Kebetulan kami duduk dibilik yg sama. Dalam perbualan kami dia ade berckp psl PAS, dan setiap contoh dia ambil, mesti berpandukan Iran, asyik2 Iran...asyik2 Iran....aku pn heran sgt masa tu. Apa yg baiknya Iran tu smpi die benar2 menyanjung tinggi Iran. Waktu tu aku masih kabur lagi...tapi heran knp ade perkaitan rapat antara PAS dan Iran. Skrg ni baru aku faham.

    ReplyDelete
  2. PAS=PARTI AJARAN SYIAH...KAHKAHKAH.

    ReplyDelete
  3. Blog tuan telah dipautkan ke blog saya dalam ruangan Karyawan Politik Maya

    ReplyDelete