Ini adalah gambar terkini Tian Chua & Tamrin Ghafar buat mereka yang rindukan mereka berdua.
Friday, 24 May 2013
Thursday, 23 May 2013
Tian Chua Diusung Masuk Ke Dalam Lokap?
Salam Ydh Dato/Tuan,
D7 Bkt Aman telah tangkap Haris Fathilah bin Mohamed Ibrahim (aktivis Asalkan Bukan UMNO (ABU)) di Restoran Yu Ai, Segambut Utara. Suspek kini berada di Balai Jinjang. Tian Chua dan Tamrin Ghafar juga ditangkap oleh D7 Bkt Aman di LCCT & kini juga berada di Balai Polis Jinjang utk proses buat repot olh D7 Bkt Aman
Wednesday, 22 May 2013
KU LIHAT HIJAU...!!! SOKONG PR...????
BUKAN semua artis suka bila lagu yang dinyanyikan oleh mereka digunakan sesuka hati terutamanya dengan tujuan yang tidak baik.
Mengeluh dengan situasi yang dihadapinya, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu berbentuk flora dan fauna berjudul Hijau, Zainal Abidin, turut menerima kesan.
Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya lagu itu digunakan untuk tujuan yang baik, tetapi tidak gemar sekiranya lagunya itu digunakan untuk tujuan politik kerana ia akan mewujudkan kebencian.
"Saya sedar siapa yang banyak membantu saya. Saya berasal dari kampung. Banyak yang Barisan Nasional sudah bantu saya. Jalan raya, sekolah, semua mereka bantu."
“Sebab itu saya tidak suka lagu-lagu saya digunakan untuk tujuan politik yang tidak betul terutamanya dalam kempen-kempen pihak pembangkang," jelasnya.
Bercerita mengenai pengalamannya, Zainal berkata, dia pernah terkena dengan tipu muslihat oleh pihak pembangkang dalam satu persembahan nyanyian.
“"Ketika itu ada pihak menjemput saya untuk mengadakan persembahan pentas, tetapi, bila saya tanya untuk siapa, mereka beritahu untuk rakyat.
"“Saya bersetuju kerana memikirkan ia adalah persembahan untuk rakyat.
"Tetapi, setibanya saya di sana, barulah saya menyedari bahawa ia sebenarnya adalah persembahan untuk program Pakatan Rakyat," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, Zainal memberitahu, dia sedang dalam proses untuk menyiapkan album terbaharunya.
"“Sekarang ini sudah siap lebih kurang 2 buah lagu. Kali ini saya mengunakan elemen nasionalis sebagai bahan untuk lagu-lagu terbaru."
"“Antara lagu yang akan dimuatkan ialah Kamu, Alam, Tercipta Untukmu dan Jauhari. Kebanyakan lagu-lagu yang dicipta adalah untuk memberi sedikit peringatan kepada rakyat tentang apa yang telah dikecapi," jelasnya.
Menariknya untuk album terbarunya nanti, lagu berjudul Jauhari dicipta khusus untuk ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN
Sunday, 19 May 2013
Selamatkan Terengganu Kita!! Singkirkan Makhluk Dua Alam !!
![]() |
| Makhluk Dua Alam... |
Post Mortem yang dibuat mendapati terdapat ramai parasit Makhluk Dua Alam yang menyelinap dalam pentadbiran kerajaan negeri Terengganu Kita.. Inilah penyebab BN Terengganu hampir tersungkur dalam PRU Ke-13 baru-baru ini...
Daripada pejabat MBKT, SUk bahkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ada ramai makhluk dua alam.. Didepan MB tunjuk sokong UMNO dibelakang kelibat MB siap pergi dengar ceramah UAI...
Ada laporan diterima, kakitangan kerajaan negeri di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu membawa masuk penyokong tegar PR menjawat jawatan Imam di masjid Qaryah di Kuala Terengganu, Imam ini pula disokong oleh JKKK kampung tersebut...
Kita tahu, ramai lagi pegawai dan ajk masjid qaryah dan masjid negeri adalah parasit... Mereka ini bukan saja dok mengajar dan menghasut d Masjid yang di tadbir Kerajaan Negeri tapi juga mereka adalah penceramah politik PR ketika PRU13 baru-baru ini..
Kepada rakyat Terengganu yang ada info, jom kita pakat dedahkan maklumat Makhluk Dua Alam ini... Maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan...
Sumber: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/05/jabatan-hal-ehwal-agama-terengganu.html
Thursday, 16 May 2013
Mendoakan Pemimpin Negara Menurut Islam
Menurut Imam al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H):
Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun apabila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.
Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku memiliki doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Beliau ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, maka ia hanya bermanfaat untuk diriku, tetapi apabila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)
Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukan keburukan, walaupun ia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri manakala apabila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya. (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)
Al-Hafiz Abu Bakar al-Ismaili rahimahullah (Wafat: 371H) berkata:
“Dan mereka (ahli hadis) berpandangan disyariatkan berdoa untuk kebaikan para pemimpin umat Islam dan supaya mereka berubah untuk bersikap adil dan mereka juga berpandangan tidak boleh memberontak terhadap mereka dengan senjata dan hendaklah orang muslim tidak turut serta berperang ketika terjadi fitnah (pertikaian di antara kaum muslimin sendiri) dan mereka juga berpandangan tentang wajibnya memerangi golongan yang zalim yang dilakukan bersama pemimpin yang adil apabila ditentukan kesesuaian dengan syarat yang mereka tetapkan dalam perkara tersebut.” (Abu Bakar Ismaili, I'tiqad A'immatul Hadits, m/s. 75-76)
Disebutkan oleh imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) daripada Abu ‘Utsman:
“Nasihatilah para pemimpin, banyakkanlah berdoa untuk kebaikan dan kebenarannya dalam beramal dan dalam ucapan serta ketika memutuskan hukuman. Maka, apabila mereka baik, maka akan baiklahlah rakyatnya.
Berhati-hatilah kamu, jangan sampai mendoakan keburukkan atau melaknat mereka, kerana yang demikian itu hanya akan menambahkan keburukkan ke atas umat Islam. Tetapi, mintakanlah keampunan kepada Allah untuk penguasa semoga mereka meninggalkan perbuatan yang buruk yang dengannya akan dihilangkan musibah umat Islam pula.” (al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/26, no. 7401)
Friday, 15 February 2013
Penyokong PAS = Penyokong Syiah?
1. Tok Guru mereka adalah maksum. Tak pernah buat salah. Betul 100% dan terima aje .......... Walaupun cakap merapu meraban (Syiah la ni).
2. Penganut agama ini terlalu mengagung dan mendewakan Tok Guru - yang peliknya Tok Guru suka dengan pendewaan ini (sebijik macam Syiah yang mengagungkan Imam mereka)
3. Mengkafirkan umat Islam (yang tak nak bersekongkol dengan dia) yang siang malam menyebut kalimah syahadah melalui sembahyang dll sebagai kafir. (syiah mengkafirkah ahlul sunnah dan melaknat para sahabat termasuk isteri Nabi SAW)
4. Mengamalkan perbuatan "Takiyah" - berpura-pura baik (contoh bila ada pemberian BR1M ka) tetapi dalam hati busok ya amat. (sifat Syiah yang pura2 baik dengan ahlul Sunnah tetapi kalau ada kesempatan, mahu ditikamnya Ahlul Sunnah tu)
SYIAH ADALAH SESAT DAN MENYESATKAN
Fahaman Syiah dikatakan kembali aktif di negara ini dengan beberapa tangkapan telah dibuat minggu lalu. Fahaman ini dikatakan dimulakan oleh beberapa orang dari Iran dan Iraq, semakin mendapat sambutan daripada masyarakat Islam negara ini dengan sudah ada pun yang taksub.
Minggu lepas, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menangkap 200 orang yang dikatakan terlibat di dalam penyebaran fahaman syiah di sebuah rumah di Batu Cave. 200 orang tau, bukan sikit.
Tapi bila bercakap tentang syiah, kita janganlah melupakan parti PAS kerana PAS adalah hasil benih-benih syiah yang telah bersemai subur di kalangan masyarakat kita sejak tercetusnya revolusi Iran tahun 1978.
Kecik hati pemimpin PAS bila kita cakap pasal syiah tanpa merujuk kepada mereka.
PAS banyak terpengaruh dengan revolusi Iran 1978. Awal penubuhan dulu, PAS tidak mempunyai Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursamdul Am. Semua tentang PAS daripada presiden sehingga ke peringkat terendah kepimpinan adalah dipilih melalui pengundian (demokrasi).
Tapi dek terpengaruh dengan revolusi Iran 1978, PAS telah mewujudkan sebuah badan tertinggi bernama Majlis Syura Ulama pada 1982 (4 tahun selepas Revolusi Iran 1978), meniru Badan Pelindung Iran (Guardian Council) yang diketuai seorang Ayatollah.
Cuma berbeza dari segi nama, Majlis Syura Ulama PAS diketuai Mursyidul Am.
Tapi dari segi taraf, Guardian Council Iran ini sama dengan Majlis Syura Ulama dimana Ketuanya tidak dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli yang dibawah walaupun mempunyai kuasa yang tertinggi dalam parti/kerajaan masing-masing.
Penentangan domestik yang berlaku dalam negara Iran hari ini adalah kerana ada dikalangan rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan sistem pemerintahan yang tidak berpaksikan rakyat sebaliknya semua keputusan ditentukan golongan elitis ulama yang menguasai Guardian Council.
Sama masalahnya dengan PAS, yang hanya bertopengkan demokrasi sedangkan hakikatnya semua perkara berkaitan dasar parti adalah ditentukan Majlis Syura Ulama dan ketuanya, Mursyidul Am.
Contoh, bila ada isu perbezaan pendapat dalam PAS terutama yang melibatkan mursyidul am dan Presiden, kita boleh nampak siapa sebenarnya yang lebih berkuasa. Nik Aziz pernah ‘sound‘ Hadi Awang berkenaan siapa ketua sebenar dalam PAS. Adakah Nik Aziz ini dipilih oleh ahli yang dibawah secara demokrasi? Sudah tentu tidak tapi kenapa dia pulak yang berkuasa penuh? Kerana perlembagaan PAS menjamin kekuasaannya, maka tiada siapa yang boleh membidas Nik Aziz.
Satu lagi ciri yang menyamakan PAS dengan Syiah ialah ketaksuban kepada pemimpin. Macam mana rakyat Iran taksub dengan Ayatollahnya, macam itulah pengikut PAS taksub kepada Mursyidul Amnya. Pengikut PAS pun pernah hukum kafir kepada orang Islam lain yang tidak sehaluan dengannya sama macam Syiah hukum kafir kepada orang mazhab lain yang berbeza.
Tapi apa pun nasib kita agak baik kerana Nik Aziz hanya kekal jadi ‘Ayatollah’ dalam PAS, tidak mungkin dia boleh jadi Ayatollah dalam kerajaan Malaysia ini (ditakdirkan pembangkang menang) sebab PAS punya kekuatan tidak setanding PKR dan DAP yang mana PAS hanya layak jadi pak turut saja. Tengokla dalam janji 100 hari PR, tiada satu pun perjuangan teras PAS yang dimasukkan di dalam itu.
Pokoknya, memilih PAS bermaksud bertambah mengembang subur kan fahaman syiah di negara ini, mungkinla tak sampai ketahap mendewa-dewakan Saidina Ali tapi setakat itu sajalah berbezanya, yang lain itu akan tetap sama.
Walau bagaimanapun, jangan ambil ringan sebab walaupun Nik Aziz tidak mungkin jadi pemerintah negara ini, Anwar dan Lim Kit Siang masing-masing adalah ‘Ayatollah’ dalam parti masing-masing. Pendek kata, memilih pembangkang bermaksud memilih corak pemerintahan ala-ala kuku besi di negara ini.
Jadi sokong sajalah Barisan Nasional, fahaman kita pegangan kita dan amalan kita akan selamat dunia akhirat.
Wednesday, 13 February 2013
Mencaci-memaki Pemerintah Adalah Ajaran Khawarij
Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah untuk selama-lamanya.
Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85
Maksudnya : " Dan siapa yang mencari agama selain daripada Islam maka Allah tidak akan menerimanya, dan pada hari akhirat kelak ia tergolong dikalangan orang-orang yang rugi "
Islam mengharapkan supaya umatnya hidup bersatu padu dalam keadaan aman damai, bantu membantu, tolong-menolong, hormat menghormati antara satu sama lain dan Islam melarang umatnya daripada berpecah belah, bermusuh-musuhan, tuduh-menuduh, mencaci antara satu sama lain.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 2
Maksudnya : "" Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain""
Semenjak akhir-akhir ini masyarakat Islam sedang dilanda satu perkara yang tidak sihat dikalangan masyarakat iaitu sifat suka menghina, memaki hamun sesama manusia umumnya dan Islam khasnya tanpa usul periksa, menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk dan sebagainya. Sebenarnya budaya seperti ini adalah budaya jahiliah yang ditegah oleh Islam dan diharamkan oleh Allah.
Bahkan senario artis menyertai parti politik turut membawa budaya memaki hamun sesama manusia sebelum menjelangnya Pilihanraya Ke-13 ini, kita boleh lihat dipentas politik yang menggelarkan diri mereka sebagai Islam semakin galak penceramah mereka berkata-kata kasar, keji, kotor dan kesat, mencarut, mencela, mencaci, memaki hamun dan menghina kian lumrah.
Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :
Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "
Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.
Pertama : Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"
Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :
Maksudnya : " Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "
Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : " Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "
Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.
Ketiga : Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : " Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ". Firman Allah lagi yang bermaksud : " Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat ""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."
dengan yang demikian, berhenti daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam yang maha suci, kerana sifat yang disebut tadi boleh membawa kepada permusuhan antara satu sama lain, kerana umat Islam semuanya adalah bersaudara. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :
Maksudnya : " ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu""
Subscribe to:
Posts (Atom)




